Powered by Blogger.

Munajat perdana bantah kekejaman atas umat Islam Rohingya


Sempena bulan Ramadan, Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO Islam, akan mengadakan munajat perdana dan bantahan kekejaman ke atas umat Islam Rohinya, selepas solat Jumaat depan di masjid-masjid negeri.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh umat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan umat Islam Rohingya," kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut menggesa agar kerajaan Malaysia supaya mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.

"Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia, memorundum rasmi akan dihantar ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut," katanya.

.: kami di WUFI IIUM menyokong segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak yang menunjukkan keprihatinan dan membela nasib umat Islam rohingya di Myanmar dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya. ayuh kita tunjukkan solidariti kita bersama mereka

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers