Powered by Blogger.

Mereka Rakyat tanpa negara


Kami hanya mahu hak sebagai warga negara dan dilayan seperti manusia. Itu saja, kami bukannya mahukan kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri,” kata Halimullah Salim, 53, aktivis kemanusiaan Rohingya yang berpangkalan di sini.

Halimullah mendakwa apa yang dilakukan pemerintah kerajaan Myanmar pada masa ini dan sejak lebih 30 tahun lalu, benar-benar satu usaha terancang untuk menghapuskan sama sekali kewujudan etnik Rohingya di negara itu.

“Mereka tidak bertimbang rasa. Kami bukan saja dinafikan hak sebagai warga Myanmar, tetapi hak sebagai manusia. Dunia perlu sedar hakikat ini dan tekanan perlu diberikan ke atas kerajaan Myanmar sekarang supaya mereka mengubah polisi mereka terhadap etnik Rohingya,” katanya.

Kenyataan Halimullah itu terbukti benar apabila Presiden Myanmar, Thein Sein dalam satu kenyataan di Yangon pada 12 Julai lalu secara terbuka memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penyelesaian kepada konflik di Arakan adalah dengan menghantar etnik Rohingya ke khemah pelarian atau mengusir mereka.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web rasminya itu, Thein Sein berkata, Myanmar akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, tetapi tidak akan menerima etnik Rohingya yang dianggapnya memasuki negara itu secara haram.

.: bagaimanakah dengan hari-hari kita? pernahkah sekali kita memikirkan keadaan umat Islam yang ditindas setiap hari? adakah kita pernah mendoakan saudara-saudara kita di Myanmar, Syria, Palestin, Kashmir, dan di seluruh dunia sebelum kita berbuka? atau tumpuan kita hanya untuk mengenyangkan perut-perut yang kosong? BERDOALAH wahai umat Islam! saudara-saudara kita memerlukan doa kita

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers