Powered by Blogger.

Fatwa Terbaru: Hanya BN Perjuangkan Islam

Dulu saya fikirkan Pas perjuangkan Islam, UMNO juga perjuangkan Islam namun berbeza warna dan logo parti sahaja tetapi apabila wujudnya isu-isu sebagaimana isu kalimah Allah telah membuka mata saya bahawa satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam adalah BN,” tegas pengiat industri seni tanah air, Norman Abdul Halim.


Ujarnya, beliau tidak menentang Islam tetapi menentang dasar-dasar yang diketengahkan oleh Pas malah sejak sekian lama Pas telah berulang kali membuat ‘u-turn’.
Tegas beliau, sekiranya Pas menjadi pentadbir negara maka tentunya industri filem dan muzik akan terperuk termasuklah industri kreatif secara keseluruhannya.

“Saya percaya dan yakin bahawa apa yang saya katakan itu benar. Saya bukannya bercakap tanpa fakta.

“Di Kelantan misalnya, apabila industri kita baru nak membangun semula selepas era kegemilangan filem tahun 60-an, ada kejatuhan pada tahun 1970-an dan 1980-an, apabila Finas ditubuhkan dan pelbagai dasar-dasar kerajaan yang baru dibuat dan banggunkan balik, Kelantan jatuh ke tangan Pas, dan di situlah kita lihat pawagam ditutup, tiada permit dikeluarkan untuk membuat persembahan malah wayang kulit, makyong dan lain-lain lagi diharamkan.”


Katanya, seni budaya ini Ini adalah identiti dan jati diri negara dan janganlah hanya sedar nilainya hanya apabila apa yang ada di tangan sendiri telah hilang.
“Contohnya Finas iaitu entiti kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1980-an. Ada dana-dana yang disalurkan untuk pembangunan industri, banyak juga inisiatif-inisiatif yang diberikan dan yang dapat adalah semua yang terlibat, penerbit, pelakon dan semua kru filem yang mendapat pembelaan dari kerajaan.
“Tetapi apa yang berlaku sekiranya Pas, kalau tidak jadi Perdana Menteri sekalipun, misalnya jadi Menteri Kebudayaan atau menteri Dalam Negeri, di mana isu-isu LPF yang ada di bawah KDN akan digunakan mengikut idealogi mereka sendiri kononnya menggunakan Islam dan bahayanya ia digunakan untuk tujuan politik.”


Ujarnya yang telah berkecimpung dalam industri seni sejak lebih 20 tahun lalu, tentunya Pas sekiranya mempunyai kuasa akan membuat dasar mengikut citarasa mereka sendiri sedangkan apa lyang dilaksanakan oleh BN adalah konsisten.

“Bukan saya nak bercakap pasal akidah tetapi yang pentingnya apakah sebenarnya perjuangan Pas ini kerana mereka tidak konsisten. Sudah banyak kali buat ‘u-turn’.

“Saya pernah berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan bercakap berkaitan konsert. Jika di Brunai pun yang berjalan beberapa langkah saja sudah ada masjid tetapi masih lagi Michael Jackson buat konsert di negara itu, banyak lagi persembahan boleh dilakukan.”


“Industri kreatif memberi kita keseimbangan contohnya melalui filem juga kita akan belajar tentang sejarah, melalui filem juga kita dapat inspisari dan banyak lagi usaha-usaha baik kepada kita.”

Tambahnya lagi, industri kreatif tidak boleh dipolitikkan kerana ia dapat menyumbang kepada ekonomi negara dan dapat mempertahankan jati diri rakyat Malaysia. – MediaUMNO

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers