Powered by Blogger.

mengapa sejak dulu, Umno tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang



PULAU PINANG - Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Nasir Zakaria mahu PAS membuktikan bahawa PAS lebih baik daripada UMNO di Pulau Pinang.


Semalam, Mohd Nasir mengkritik UMNO kerana tidak mampu menjadi Ketua Menteri walaupun dikatakan parti yang kuat di Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan, Umno yang sebenarnya terpinggir didalam Barisan Nasional dan bukannya PAS didalam Pakatan Rakyat seperti yang didakwa pemimpin Umno.

"Jika Umno tidak terpinggir, mengapa selama memerintah, Umno tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun menang banyak kerusi di negeri itu?" kata beliau dalam satu kenyataan kepada Sinar.

Mohd Nasir berkata, Umno seharusnya terlebih dahulu cermin diri sebelum menuduh Pas parti terpinggir dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana selama lebih 50 tahun memerintah, Umno tidak banyak membantu orang Melayu melainkan hanya individu atau kumpulan tertentu.

Seorang penganalisis politik dari USM yang ditemubual oleh pihak UtaraNews berkata, kenyataan Exco Pemuda PAS Pusat itu sebenarnya menunjukkan PAS yakin mampu memerintah negeri tanpa memberikan tampuk kuasa pada kaum lain.

"Mungkin beliau (Mohd Nasir) mahu membuktikan bahawa Pas tidak akan tunduk dengan rakan PR seperti DAP dan PKR dengan melantik pemimpin Pas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada masa akan datang..?"

"Jika mahu mengkritik Umno berkenaan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, bagaimana pula dengan jawatan exco Pas di dalam kerajaan negeri ini semenjak diperintah DAP? Mengapa Pas tidak diberikan satu jawatan pun?"

"Apakah ini juga membuktikan bahawa Pas sebenarnya memang terpinggir di mata DAP..?" ujar beliau. - UtaraNews 

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers