Powered by Blogger.

GILA !! Adegan ranjang dalam filem ikut Sunnah Rasulullah?

http://i.imgur.com/85mFZ.jpg
MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.

Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi.

“Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri.

“Perkara ini ada yang beranggapan ia terlalu seksual tetapi hendak diikutkan, ia ada dalam sunnah. Saya bukan sengaja untuk menimbulkan kontroversi semata-mata mahu menarik perhatian orang untuk menonton filem ini.

“Apa yang ingin saya paparkan, banyak pengajaran yang boleh diperoleh menerusinya terutama dalam keadaan sekarang apabila ramai daripada kita yang tidak memahami akan konsep berkongsi hidup sebagai suami isteri dan berumahtangga,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran novel Mencari Cinta yang diangkat dari skrip asal filem ini, baru-baru ini.

Filem ini menampilkan Nora berganding dengan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20), Rusdi Ramli. Ia turut dibintangi Riezman Khuzaimi, Daphne Iking, Fouziah Gous, Norlida Ahmad dan Mahmud Ali Basha.

Berdasarkan sunnah juga, sebagai pengarah Shirin cuba menggambarkan bagaimana seorang suami harus menggauli isteri di kamar tidur dan tidak dinafikan ada juga dipaparkan bagaimana Rusdi mencium Nora sebagai isterinya.

Filem Mencari Cinta mengisahkan Rusdi, pemuda kampung dijodohkan dengan gadis kaya. Mereka dinikahkan bukan atas dasar cinta. Tidak suka dengan pilihan keluarga, gadis kaya itu cuba memberontak dan merendah-rendahkan suaminya yang bekerja sebagai peladang. Namun berkat kesabaran dan caranya membeli jiwa isteri mengikut sunnah Nabi, akhirnya mereka bahagia. “Niat saya menghasilkan filem ini baik iaitu ingin memaparkan cara hidup yang baik untuk mereka yang merancang berumahtangga atau sudah berkahwin. Ia banyak memaparkan peranan suami kepada isteri, apatah lagi sekiranya perkahwinan dibina itu bukan atas dasar cinta.

“Biar mereka yang menyaksikan filem ini faham maksud nikah itu apa dan bukan selepas kahwin sebab tidak suka beberapa perkara mahu bercerai. Dalam filem ini, satu saja yang hendak saya jelaskan bahawa kalau baik seorang suami itu, akan jadi baik jugalah isterinya,” katanya.

Bagi memastikan filem ini tidak menimbulkan kontroversi apabila ia ditayangkan kelak pada Disember ini, ia turut dihasilkan dalam bentuk novel khas dengan judul sama yang diangkat dari skrip asal ditulis Shirin.

Kata Shirin, pihaknya memilih untuk menerbitkan novel ini agar ia dapat memberi penjelasan lebih terperinci terhadap babak-babak dalam filem yang kemungkinan bakal dianggap sensitif mahupun keterlaluan bagi sesetengah pihak.

“Selama satu jam setengah, filem ini mungkin tidak mampu untuk bercerita dengan terperinci secara visual terutama babak-babak romantis antara Nora dan Rusdi. Malah ada juga babak dianggap sensitif saya terpaksa buang. “Begitupun, dengan adanya novel ini orang ramai boleh membacanya dan apabila menonton filem ini nanti, mereka akan lebih faham dan diharapkan mesej yang ingin saya ketengahkan akan sampai kepada mereka,” katanya.

Mengenai gandingan Nora dan Rusdi, Shirin berkata, dia sangat berpuas hati terutama komitmen dan penghayatan diberikan Nora. Katanya, peminat akan melihat sisi berbeza Nora dalam lakonan apatah lagi ini kali pertama dia membawa watak wanita antagonis yang degil, bengis dan keras. “Ternyata dia berjaya menzahirkan apa yang saya mahukan. Sementara Rusdi pula agak malu-malu. Malah dia banyak mempersoalkan mengapa saya harus memaparkan dirinya dalam keadaan begitu dan begini.

“Mengambil contoh dia malu untuk berlenggeng dan hanya berkain pelekat. Begitu juga sewaktu menjalani babak sewaktu bersama Nora. Namun selepas dijelaskan dan ditunjukkan sebabnya mengapa, barulah dia faham dan melaksanakan apa yang saya mahukan,” katanya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers