Powered by Blogger.

Anak muda benci politik lucah terlampau

Hala tuju politik Malaysia dibawah percaturan Umno dan Barisan Nasional semakin menuju titik sempit yang menyesakkan. Keghairahan kerajaan tua ini memanipulasi dan menghancurkan politik nilai semakin hari semakin tenat dan menunggu waktu untuk berkubur.

Tetapi malangnya, kehancuran nilai yang ditinggalkan selepas ini adalah satu cabaran yang perlu ditangani dengan lebih bersedia. Kebiadapan menyerang peribadi dengan cerita-cerita fitnah dan melibatkan seks ini, akhirnya membina daya fikir kotor masyarakat yang akan meresapi dunia politik dan kehidupan untuk satu tempoh waktu yang lama.

Generasi baru jelas menolak 'peradaban' lucah dan seks yang cuba dipelopori oleh Umno Barisan Nasional ini, tetapi kebimbangan tentang seberapa lama anasir-anasir mampu sekadar berlegar dalam dunia politik menjadi pertanyaan.

Bertahankah persekitaran dan budaya kita jika saban hari serangan peribadi, kelucahan dan seksual menjadi hidangan utama minda dan jiwa anak-anak?

Sebagai kerajaan tua yang memerintah Malaysia ini sekian lama, seharusnya Umno Barisan Nasional lebih matang dan berdaya untuk menyaingi keupayaan politik lawan. Jika benar kerajaan tua ini telah melakukan begitu banyak perubahan dan kemajuan, perlukah mereka bersungguh-sungguh menyerang keperibadian dan mengamalkan politik lucah untuk mengaibkan lawan politik?

Doktrin kelucahan dan seksual ini berlaku setelah kerajaan tua habis upaya dan tenaga untuk berfikir secara rasional. Kehabisan idea dan iltizam untuk membawa perubahan total pada kerosakan sistem ekonomi dan sosial akibat penjarahan oleh kroni-kroni Menteri. Maka pada satu detik yang kelam, mereka mengambil jalan untuk merosakkan pemikiran masyarakat demi mengabuinya dan memastikan mereka terus kekal di tampuk kuasa.

Generasi hari ini bukan lagi generasi yang akan menerima segala bentuk suapan yang diberikan. Generasi hari ini adalah dari kebangkitan minda yang lebih bebas dan terbuka. Kita bukan sekadar bicara tentang Anwar Ibrahim yang menjadi simbol dan mangsa utama doktrin lucah dan seks ini, tetapi membicarakan kebarangkalian perkara ini menjadi kebiasaan dan menjangkiti lebih ramai politisi dan akhirnya menjadi taboo dalam ruang lingkup kehidupan.

Kerajaan tua ini harus sedar, proses penolakan terhadap mereka telah bermula dan akan mencapai kemuncaknya pada hari pengundian nanti. Anak-anak muda akan menjadi baris hadapan yang akan menghumban mereka jatuh ke gaung kehancuran untuk tempoh jangka yang panjang dan mengembalikan politik nilai ke tempat yang sewajarnya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers