Majlis Tindakan Dun Ayer Molek membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh wanita Kemas dengan memindahkan pengundi dari Dun Ayer Molek ke Dun Duyong.
Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali berkata seorang pengundi, Zawawi Abdul, telah mendapati namanya tersenarai menjadi pengundi di Dun Duyong sedangkan sejak tahun 1970-an lagi beliau mengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek, Parlimen Bukit Katil.
"Zawawi telah dipindahkan dari Dun Ayer Molek dalam Parlimen Bukit Katil ke Dun Duyong dalam Parlimen Kota Melaka tanpa pengetahuan beliau".
"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" uajr Mustaffa.
Sementara itu Zawawi sendiri melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab meniru tandatangan beliau dan menghantar borang pertukaran tempat mengundi ke Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun".
"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong" tambah Zawawi.
Zawawi dan Mustaffa telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam di mana salinan borang perdaftaran pemilih menunjukkan cop Kemas dan tandatang palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Laporan Polis juga telah dibuat terhadap kes yang jelas bertentangan dengan undang-undang tersebut.