Powered by Blogger.

Hak berhimpun Ada Dalam Perlembagaan



RAKYAT Malaysia berhak menyertai perhimpunan seperti termaktub dalam Perlembagaan selagi tidak bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman (APA), kata peguam Lawyers for Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor.

"Sekiranya peserta ditahan ketika dalam perjalanan hadir ke tapak program, mereka berhak bertanya kepada polis motif ditahan dan atas kesalahan apa.
"Dari situ mereka boleh memastikan kedudukan sebenar mereka berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

"Jika dibawa ke balai polis, peserta masih berhak mendapatkan bantuan guaman atau menghubungi ahli keluarga bagi mengesahkan lokasi sebenar mereka, ini penting untuk memudahkan urusan guaman," ujarnya kepada Keadilandaily.

Tambah Afiq, sekiranya peserta tidak tahu untuk berhadapan dengan polis ketika ditahan, mereka disarankan untuk berdiam diri sahaja.

"Tindakan berdiam diri adalah hak yang dijamin oleh Seksyen 112 (2) Kanun Tatacara Jenayah dan hanya memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan sahaja," katanya.

Ujarnya lagi, LFL ada menyediakan bantuan guaman kepada peserta yang ditahan dan akan mengedarkan senarai nama dan no perhubungan peguam yang boleh dihubungi melalui media sosial rasmi LFL.

Peserta dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang provokasi kepada polis kerana akan memberikan kesan buruk kepada perjalanan perhimpunan nanti.
Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=53453 

Posted by Hafiz Muslim On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers