Home »
berita Artis
»
berita utama
»
info berguna tentang melancong
»
Kes Jenayah
» Banyak Bomoh Gila Seks Telah Dicekup
Banyak Bomoh Gila Seks Telah Dicekup
SEREMBAN – Bernikah secara batin dan perlu melakukan hubungan seks selama 100 hari. Itulah syarat ditetapkan seorang bomoh terhadap pesakit wanitanya bagi mengubat penyakit dihadapi.
Bomoh
berusia 48 tahun mengenakan caj RM200 terhadap pesakit dan dipercayai
melakukan pukau sebelum menjalankan upacara pernikahan.
Dengan
memegang sebuah kitab suci al-Quran, bomoh berkenaan akan memegang
tangan pesakit dan mengucap akad ‘Aku nikahkan dikau dengan aku
berserta fidyah’.
Bagaimanapun,
tindakan bomoh warga tempatan itu terbongkar apabila dicekup Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di rumah pesakitnya di
Kampung LB Johnson, dekat sini, semalam.
Dalam
kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bomoh terbabit ditahan
sebaik saja selesai bernikah batin dengan seorang wanita berusia 24
tahun yang mengalami masalah kesihatan.
Serbuan
diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad
Zaki Hamzah bersama 15 anggotanya hasil risikan dan maklumat orang
awam.
Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini
Mustafa berkata, ketika serbuan, bomoh bersama pasangannya itu berada
dalam bilik hanya memakai pakaian dalam dipercayai mahu melakukan
hubungan seks, selepas upacara nikah batin selesai.
“Upacara
nikah batin dilakukan bomoh berkenaan tanpa saksi. Dia hanya
menggunakan kitab suci al-Quran dan diikuti bacaan mantera.
“Pesakit
dikenakan bayaran untuk setiap upacara nikah batin. Selain membaca
akad dan mantera, pesakit perlu melakukan hubungan seks bersama bomoh
itu selama 100 hari sebagai syarat untuk menyembuhkan penyakit,”
katanya.
Menurutnya,
bomoh berkenaan sudah mempunyai isteri dipercayai datang dari Kuala
Lumpur dan berasal dari negara jiran, namun mendapat kerakyatan di
negara ini.
“Dia
datang ke rumah wanita yang tinggal bersendirian itu kononnya mahu
mengubati penyakitnya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Bahagian
Penguatkuasaan JHEAINS, semalam.
Ahmad
Husaini berkata, bomoh yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai
sudah lama bergiat aktif dalam kegiatan tidak bermoral itu.
“Dia
cuba mengaburi mangsa dengan mendakwa mampu menyembuh penyakit dan
dipercayai menggunakan ilmu pukau supaya mangsa berada dalam keadaan
tidak sedar ketika upacara itu dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, bomoh tersebut kini ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
“Dia
akan didakwa mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri
Sembilan kerana mencela agama Islam, Seksyen 50 enakmen yang sama kerana
menggunakan ayat al-Quran secara salah dan Seksyen 77 kerana memikat
dan melarikan gadis untuk tujuan seks,” katanya.
Menurutnya,
JHEAINS percaya terdapat beberapa individu lain yang terlibat dan
sedang mengenal pasti mangsa yang pernah dinikahinya sebelum ini,
termasuk di negeri-negeri lain. – Lihat Gambar Disini