Powered by Blogger.

Sampai bila: Malaysia masih kekal harga RON95

BERA – Malaysia masih me­nge­kalkan harga petrol RON95, walaupun sesetengah negara lain di Asia telah menaikkan harga bahan itu berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya kerajaan menaikkan harga petrol itu atau tidak meneruskan pemberian subsidi petrol, ia akan membebankan rakyat.

Menurutnya, pemberian subsidi RM1.03 seliter itu dapat mengelakkan kenaikan harga minyak.

“Walaupun kerajaan me­nanggung beban akibat kenaikan harga minyak dan pemberian subsidi, namun kerajaan tidak berhasrat memberhentikan bantuan tersebut.

“Tahun ini sahaja, kerajaan memperuntukkan RM17 bi­lion bagi subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding tahun sebelum ini sekitar RM15 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas maj­lis Penyampaian Cek Ban­tuan Pembangunan Kerajaan Pusat bernilai RM307,643.56 kepada 14 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Parlimen Bera, dekat sini.

Ismail Sabri berkata, pemberian subsidi itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional sa­ngat prihatin dan membela rak­yat, malah akan terus menggalas tanggungjawab tersebut bagi meringankan bebanan rakyat.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers