Powered by Blogger.

1 rakyat Malaysia disah terbunuh selatan Thai

KANGAR - Seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh dalam kejadian letupan gas di sebuah hotel di Haadyai, selatan Thailand semalam, menurut Konsul General Malaysia di Songkhla Mohd Aini Atan.

Beliau berkata mangsa dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, berasal dari Kulim, Kedah.

"Mayatnya masih di hospital dan akan dihantar pulang esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, sebanyak 27 rakyat Malaysia mengalami kecederaan dalam kejadian pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan di Hotel Lee Garden Plaza itu dan 10 daripadanya sedang menerima rawatan di beberapa hospital manakala selebihnya menerima rawatan pesakit luar.

Mereka adalah antara lebih 300 yang dilaporkan cedera dalam kejadian di lokasi yang sentiasa sesak dengan pelancong itu kerana kedudukannya di tengah pusat perniagaan.

Letupan dikatakan berpunca daripada kejadian gas meletup di sebuah restoran makanan segera di bangunan hotel setinggi 33 tingkat itu.

Video yang dimuat naik di internet menunjukkan keadaan kelam-kabut dan banyak mangsa keluar melalui tingkap dengan bergayut pada kain yang disambung panjang, untuk turun ke bawah bangunan itu.

Pasukan keselamatan kini mengawal ketat kawasan hotel itu. – Bernama

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers