Powered by Blogger.

Pemimpin Umno Wajib bertaubat anjurkan konsert maksiat..




IPOH - Ustaz Abu Bakar Hussain yang merupakan Pesuruhjaya PAS Perak, menggesa pemimpin kerajaan yang terlibat dalam Konsert K-Pop di Putrajaya baru-baru ini supaya bertaubat.


Beliau juga mengingatkan pimpinan UMNO bahawa mereka menganjurkan sebuah program yang mempunyai pengisian yang diharamkan dalam Islam secara jelas dan juga hiburan yang berunsur seksi, melampau dan luar batasan syara’.

"Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak merasa kesal dengan pihak piminan UMNO yang bertindak sedemikian. Bagi barisan ulama’ UMNO, saya ingin mengingatkan bahawa kalian perlu sedar bahawa kalian takkan dapat mencuci najis dengan terjun dalam loji kumbahan. Kalian akan tenggelam, dan bermandi najis..," tegas beliau.

"Saya juga kesal apabila perkara haram sebegini dianggap oleh pemimpin UMNO sebagai satu seni, atau satu tarian yang dibenarkan. Lihatlah betapa rosaknya kefahaman mereka terhadap tatacara hidup yang sepatutnya..," tambah beliau lagi.

Justeru itu, beliau mengingatkan pemimpin UMNO bahawa dalam al Quran ada menceritakan tentang umat terdahulu, yang mana golongan yang mempunyai fikiran hanya membiarkan kaumnya melakukan kejahatan.

Hanya sedikit sahaja dari kalangan mereka yang melarang kejahatan tersebut. Mereka yang mempunyai fikiran, dan hanya membiarkan kejahatan berleluasa ini, sibuk dengan kemewahan mereka. 

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers