Powered by Blogger.

Ibadah Korban Di Tempat Yang Memerlukan


Ibadah Qurban Online bukanlah suatu yang baru bagi kita. Ibadah Qurban merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Ibadah Qurban ini hukumnya sunat Muaakad dan sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan dan jatuh hukumnya Wajib kalau bernazar.

Tahun lepas, alhamdulillah saya sendiri telah melakukan ibadah qurban untuk diri sendiri dengan menggunakan khidmat Ustaz Yahya Al-Hafiz { Ustaz Yahya Cambodia } dan qurban saya dilaksanakan di negara yang pada saya sangat memerlukan bantuan kita, iaitu Kemboja. Ada rezeki sikit, eloklah saya buat qurban. “Bersihkan diri” yang serba kekurangan ni.

Ramai yang masih kurang tahu hikmat melakukan Ibadah Qurban ni. Mungkin tahu, tapi tidak mendalam. Macam pernah saya ceritakan kisah seorang hamba Allah yang saya dengar sendiri di radio IKIM berkenaan bagaimana Ibadah Qurban dapat menyelesaikan masalah dalam rumahtangga beliau. Saya kongsikan sekali lagi di sini.

    Ustaz tu cerita, ada seorang hamba Allah ni dia datang jumpa ustaz dan mengadu tentang hal isteri dan ibunya (ibu si lelaki) selalu bergaduh. Dia bertanya pendapat ustaz cara nak baikkan mereka ni. Ustaz tu sarankan pada lelaki tu “lakukan korban dan niatkan untuk isteri dan ibu kamu”.

    Dipendekkan cerita, lelaki tu terus buat tempahan dengan jumlah yang agak besar (saya dah tak ingat berapa ekor). Lelaki ni memang hartawan. Selang beberapa hari selepas lelaki ni buat tempahan (belum dilakukan korban tu, baru buat tempahan) dia call ustaz tu.

    katanya, tiba-tiba saja isteri dan ibu beliau sudah berbaik antara satu sama lain seperti tidak pernah terjadi perselisihan faham sebelum ni. Ustaz tu terangkan pada lelaki tu, itu semua mungkin hikmah dengan ibadah korban yang dia lakukan. Wallahualam.

Itu cerita Ustaz. Pada saya pula, sebagai seorang hamba Allah yang biasa-biasa saja. Kurang itu ini, tapi alhamdulillah Allah beri sedikit rezeki dan saya mampu untuk buat ibadah qurban untuk diri sendiri. Saya rasa “senang hati” dan lapang dada. Tak sama rasanya bila kita ada rezeki, ada duit lebih tapi “simpan” saja.

Lain rasanya. Mungkin daripada pandangan mata kasar, duit saya hilang sikit tapi bila fikirkan janji Allah…boleh buat saya tersenyum. Jiwa lebih tenang dan puas dapat beribadah dan bersedekah pada mereka yang cuma mungkin setahun sekali je agaknya dapat makan daging. Kita? Setiap hari pun boleh dapat makan daging kot.

Tahun ini, alhamdulillah ada ahli keluarga yang dijemput untuk menunaikan ibadah haji. Waktu kursus haji dijalankan di rumah kami, ustaz tu pun ada sebutkan hikmah ibadah qurban ni. Katanya, rahsia atau maksud sebenar “binatang yang kita qurbankan ini yang akan jadi tunggangan di akhirat kelak” bukanlah bermaksud kita akan naik lembu/kambing atau unta masuk syurga kerana maksud sebenar hanya Allah sahaja yang tahu.

Katanya, maksud di sebalik kata-kata tersebut ialah insyaAllah, dengan ibadah qurban kita tu nanti mungkin akan menjadi penyebab kita dmasukkan syurga Allah. Dengan IzinNYA. Jadi, kenapa nak ragu-ragu keluarkan beberapa ratus SETAHUN SEKALI untuk syurga Allah kan? Fikirkan lah sendiri.

Sekiranya ada yang berhajat nak buat Ibadah Qurban melalui Ustaz Yahya Cambodia macam saya sendiri, bolehlah ke website beliau WWW.KORBANKEMBOJA.COM

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers