Powered by Blogger.

Paklah Terkejut: wakil Pas 'restu' tarian seksi di Bertam Night PKR.

KEPALA BATAS - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi terkejut majlis makan malam anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bertam, Ahad lalu yang mempersembahkan tarian gadis berpakaian seksi ala K-Pop.


Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, persembahan seumpama itu sama sekali tidak boleh diterima apatah lagi ia berlaku di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

"Saya tengok gambar itu (persembahan gadis berpakaian seksi). Reaksi saya adalah bagi penduduk di Kepala Batas terutama orang Melayu, kita tidak dapat terima sebab ia tidak sesuai. Saya terkejut apabila mendapat tahu wakil Pas pun ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua persatuan itu, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.Ahad lalu, PKR menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Prai di sini.

Majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman itu mempersembahkan tarian tiga gadis yang memakai skirt pendek.

Pertunjukan tarian seksi ala K-Pop itu mengejutkan kerana ia turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Pas tempatan dan ahlinya.

Abdullah memberitahu, pemimpin Pas sepatutnya menasihati sekutu mereka mengenai perkara itu dan bukannya berdiam diri.

Jelasnya, meskipun tujuan majlis itu mahu mengutip dana, persembahan sedemikian tidak sewajarnya diadakan. 

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers