Powered by Blogger.

PERSEDEN: Kaum India digesa terus undi PAS

TITIWANGSA: Kaum India yang telah memberi sokongan kepada PAS dalam PRU12 lalu, digesa mengekalkan sokongan tersebut dan berusaha mengajak ahli keluarga dan golongan muda memilih parti Islam itu untuk membawa perubahan terhadap nasib mereka.


“Pada PRU 2008, kita dapat menyaksikan bagaimana orang India semakin faham tentang politik. Kita juga kagum dengan sokongan yang ditunjukkan mereka terhadap calon PAS di Parlimen Kota Raja dan bagaimana Dr Siti Mariah berjaya mengalahkan pemimpin MIC,” tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, sikap terbuka PAS juga dapat dilihat apabila PAS akan memberi ruang kepada kaum India di kalangan ahli DHPP sebagai calon dalam PRU13 nanti.
Beliau berkata, di Malaysia walaupun terdapat parti diterajui kaum India, namun tidak semua rakyat di kalangan kaum tersebut memperolehi hak mereka.
“PAS bersandar kepada ajaran Islam yang menyuruh berlaku adil kepada semua. PAS tidak mahu menjadi seperti BN yang hanya memberi bantuan kepada golongan yang menyokongnya sahaja,” katanya ketika berucap di Majlis Hi-Tea bersama masyarakat India Settlement, Kampung Pandan, dekat sini.
“Kaum India ada yang diperhamba menjadi kuli dan buruh. Walaupun di Malaysia ini ada MIC yang dikatakan memperjuang hak kaum India, kekayaan yang mereka perolehi hanyalah untuk golongan tertentu.
Ia sama sekali berbeza dengan apa yang dibawa oleh PAS,” katanya.
Sehubungan itu Ustaz Abdul Hadi menambah, kaum India khususnya perlu menyedari ketidak adilan kerajaan terhadap mereka dan perubahan segera perlu dilakukan dengan memberi peluang kepada PAS melalui undi mereka pada pilihan raya akan datang.
Turut serta, Mohamad Noor dan Timbalannya, Salbiah Wahab; Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco Kerajaan Selangor; dan Ketua Muslimat PAS Wilayah, Ustazah Nuridah Salleh.
Selain itu majlis turut dihadiri Yang Dipertua PAS Titiwangsa, Mejar (B) Abdullah Abdul Wahab, dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Ramamoorthy.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers