Powered by Blogger.

indonesia tunda naikan Harga minyak


alt
 
JAKARTA 1 April - Parlimen Indone­sia menunda rancangan kerajaan menaikkan harga minyak lebih daripada 30 peratus, sehingga Ogos depan. Ianya berikutan bantahan menerusi protes besar-besaran rakyat di sini yang menyebabkan ianya hilang kawalan dan menjejaskan keselamatan Negara.
 
Kerajaan dijangka menaikkan harga gasolin dari 50 sen kepada 65 sen setiap liter bermula semalam, berikutan terpaksa memotong bajet subsidi minyak.
 
Namun begitu, 550 kerusi Parlimen mengundi kebenaran harga bahan api dinaikkan jika purata kasar Indonesia dalam tempoh enam bulan meningkat 15 peratus.
 
Undian dibuat berikutan bantahan drastik melibatkan lebih 81,000 penunjuk perasaan yang memaksa lebih 2,000 anggota polis dan ratusan askar dikerah mengawal kawasan yang diserang.
 
Kenaikan harga minyak petrol di pasaran Global telah memberi kesan terhadap harga bahan mentah tersebut di beberapa buah Negara. Untuk rekod, Malaysia merupakan satu-satunya Negara di Asia yang masih mengekalkan harga Minyak petrol dengan penambahan subsidi sebanyak RM0.10.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers