Powered by Blogger.

banyak Hutang : Najib tidak layak jadi PM

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan sikap kerajaan Umno-BN yang melepaskan tanggungan hutang membabitkan kroni mereka, Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta sedangkan negara menghadapi peningkatan hutang yang semakin ketara.
Tindakan ini menunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘hilang kelayakan’ dalam menerajui pentadbiran negara hari ini.


Demikian kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad semasa mengadakan sidang media di Lobi Parlimen 28 Mac lalu.Turut serta bersama beliau ialah ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.
Ujar Dr Dzulkefly, hutang yang ditanggung kerajaan meningkat hampir 100 peratus berjumlah RM456.1 bilion atau 53.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Tambahnya, trend lonjakan hutang ini boleh dilihat bermula pada tahun 2022 dengan RM146 kepada RM242 bilion pada tahun 2006, dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011, yang dilihat melonjak hampir 100 peratus.
Beliau memperolehi maklumat tersebut dalam jawapan soalan lisannya dari Kementerian Kewangan pada 26 Mac lalu.
Daripada jumlah itu, sebahagian hutang Kerajaan Persekutuan membabitkan hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion atau 96 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang, katanya.
Manakala, baki RM18.1 bilion atau 4.0 peratus adalah hutang kerajaan persekutuan daripada luar negeri, katanya.
Bimbang dengan kedudukan hutang negara yang semakin meningkat kepada tahap berbahaya itu, beliau menyimpulkan pengurusan dan pentadbiran ‘tidak bijak’ Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini antara punca peningkatan itu.
Ia dapat dilihat dengan pelupusan hutang Tajudin Ramli, pemberian skim-skim tertentu untuk kepentingan politik, selain sikap flip flop dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam membabitkan RM3.4 bilion yang akhirnya dibatalkan, katanya.
Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur- Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.
Sambil mempertikai kelemahan Najib menguruskan ekonomi negara, beliau juga bimbang dengan sebarang trend hutang badan berkanun dan syarikat berkepentingan kerajaan yang mengalami kerugian mutakhir ini.
“Paling merungsingkan pelbagai pihak adalah perbelanjaan di luar peruntukan belanjawan atau off-balance sheet spending.
Seandainya hutang ini gagal dibayar badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin kerajaan pusat, maka semua ini akan menjadi hutang kerajaan pusat,” katanya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan pusat menerbitkan pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan (bon simpanan) dan Sekuriti Kerajaan.
Ujarnya, pinjaman itulah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang hutang kerajaan RM456.1 bilion.
Terdahulu, Kementerian Kewangan mengatakan hutang kerajaan sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 peratus nisbah KDNK, dengan hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion, manakala baki RM18.1 juta merupakan hutang luar negeri.
Sebelum ini, ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Awang Adek Hussin berkenaan hutang negara di paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak tepat.
“Peratusan itu diambil dari tahun lepas. Sekiranya kita mengambil kira hutang perbelanjaan terbaru, termasuk anggaran Belanjawan 2012, hutang negara pasti melebihi had ditetapkan.
“Malah, ia belum mengambil kira peruntukan luar jangka dan projekprojek yang didanai melalui pinjaman yang dijamin kerajaan, yang tidak dimasukkan dalam belanjawan,” ujar Azan.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers