Powered by Blogger.

Tiba-tiba Awang Adek Bela Ust Nasha..

BACHOK – Pandangan yang disuarakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkemungkinan mewakili ramai lagi ahli Pas lain yang enggan bersuara.Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, apabila pandangan sedemikian dilontarkan ia adalah suatu pandangan yang berani daripada seorang seorang bekas pemimpin tertinggi parti itu.Menurutnya, beliau sendiri pernah menerima maklum balas daripada golongan profesional yang tidak menyenangi gandingan Pas dan DAP.“Saya percaya beliau tidak sendirian dalam pandangan itu kerana bersamanya masih ada segelintir lagi ahli Pas lain yang turut tidak menyenangi gandingan Pas DAP.

"Namun ahli lain mungkin tidak seberani Nasharudin yang telah melihat hala tuju Pas kini semakin terpesong dari landasan perjuangan asal dan kini mengikut haluan DAP,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan di dewan Haji Hussin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Nasharudin yang mencadangkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat apabila DAP enggan menerima hudud.Mengulas mengenai desakan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang mahukan Nasharudin melepaskan jawatan Ahli Parlimen Bachok, Awang Adek berkata, ia adakan desakan yang tidak munasabah.

“Ia adalah desakan yang mengikut nafsu dan bulan Ramadan ini kita tidak boleh mengikut nafsu. Sementelah tempoh pilihan raya semakin dekat, jadi saya rasa desakan begitu tidak perlu dilayan kerana beliau dipilih oleh rakyat.

“Biarlah tempoh berkhidmatan beliau tamat sehingga parlimen dibubarkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.Dalam PRU Ke-12 pada 2008, Awang Adek tewas kepada Nasharudin dengan majoriti 2,896 daripada 55,575 jumlah pengundi. Awang Adek menang kerusi Bachok dengan majoriti 6,272 undi pada 2004.~sinarharian

Posted by Hafiz Muslim On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers