Powered by Blogger.

Pilihanraya Umum Mungkin September

LAMAN ini punya sejarah kurang berminat bermain teka-teki berhubung tarikh sebenar pilihanraya umum ke-13 akan diadakan, melainkanlah ada sumber atau petunjuk yang menyakinkan.

Sumber meyakinkan yang penulis sebutkan itu biasanya datang dari akhbar-akhbar berbahasa cina kerana akhbar-akhbar ini jarang menyiarkan berita yang datang dari sumber yang tidak sahih.

Tapi kali ini penulis tidak bergantung kepada akhbar cina dalam menentukan ramalan. Sebaliknya kali ini, penulis bergantung kepada makluman dari sumber-sumber dalaman UMNO sendiri.

Tahukah kita bahawa BN dan UMNO telah begitu hampir untuk memuktamadkan senarai calon parti tersebut? Dimaklumkan, dalam minggu ini juga semua senarai-senarai calon itu akan dimuktamadkan.
Begitu juga dengan manifesto. Parti itu telah memuktamadkan manifesto pilihanraya umum ke-13 yang sudah bersedia untuk dicetak pada bila-bila masa dari sekarang.

Semua ini bagi memastikan pilihanraya umum dapat diadakan pada bulan September ini, iaitu pada bila-bila masa antara tempoh selepas hari raya dan sebelum pembentangan bajet 2013 diadakan.
Bagaimana dengan kita pula? Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang dijangka berlangsung pada September itu?

Penulis tahu masih ada beberapa kerusi parlimen dimana PKR bertindih dengan PAS, sementara DAP dalam proses memuktamadkan calon-calon pilihanraya mereka.
Itu baru bercakap tentang kerusi parlimen, penulis belum mahu jengah pun pertikaian yang wujud dalam penentuan kerusi DUN, nanti lebih sakit kepala.

Dan bagaimana dengan manifesto bersama? Khabarnya akan dilancarkan sekali dengan buku Jingga (janji 100 hari pertama) versi kedua yang sudah tentu lebih menarik dibanding dengan buku Jingga pertama.

Setakat ini penulis lihat ramai berpuas hati dengan persiapan jentera PAS dan sememangnya PAS sentiasa kehadapan dari segi akar umbi. PKR mungkin ada sedikit masalah dengan jentera di Selangor berikutan pertembungan dengan kem-kem tertentu.

Tapi yang paling menggangu penulis ialah sehingga sekarang kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat masih belum mengumumkan tarikh pembubaran DUN masing-masing.
Seolah-olah memberikan gambaran bahawa DUN akan dibubarkan selaras dengan pembubaran Parlimen. Jika itu berlaku nampaknya negeri-negeri ini terutama Selangor telah memungkiri janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan pilihanraya berasingan di negeri tersebut.

Bagaimanapun, semua orang menaruh harapan agar segala pertelingkahan yang timbul sekarang dalam penentuan kerusi ini dan hal-hal berkaitan yang lain dapat diselesaikan dalam jangka masa terdekat sebelum pengumuman pembubaran Parlimen dibuat.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers