Powered by Blogger.

Bekas Pengarah LPP Perak Pula Sertai PAS


Azhar (dua, kiri) bersama Mohamad Sabu dan Mohammad Nizar.Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar YunusTELUK INTAN - Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai Pas, semalam.Pengisytiharan itu dibuat pada ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak di Kampung Bahagia dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Azhar, yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam kerajaan berkata,  pengalaman bekerja di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Perak selama 11 bulan memberikannya satu suasana lain."Sebagai pegawai kerajaan, pergerakan kita dahulu sentiasa diawasi, tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti."Saya merasakan kelainan, seakan satu semangat dan gembira apabila bekerja di bawah pemerintahan PR," katanya.

Hadir sama dalam sesi ceramah berkenaan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain.Azhar, anak jati Teluk Intan juga pernah menjadi Pengarah LPP di Negeri Sembilan dan Pahang.Azhar berkata, beliau kini bersedia untuk bersama-sama ahli Pas dan PR lain membantu dalam misi menawan Putrajaya."Saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," katanya.

Kemasukannya ke dalam Pas menambah bilangan bekas pegawai tinggi kerajaan dari Perak selepas beberapa nama besar sudah mengisytiharkan sertai parti itu termasuklah bekas Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid. ~sinarharian

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers