Powered by Blogger.

Najib Semakin Ketar Lutut Dengar Berita Nih


Siapa kata Sabah dan Sarawak fixed deposit BN, mungkin dulu tapi bukan sekarang. Rakyat semakin sedar.. rakyat semakin celik.. Maklumat menjalar dikalangan masyarakat, tidak mungkin Umno BN boleh menyekatnya.

Inilah akibat dari limpahan maklumat.. kelebihan buat rakyat untuk membuat pemilihan. Senario ini mungkin membuat Najib semakin ketar lutut..


'BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah'

BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.

Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.

Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.

"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara. ~malaysiakini

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers