Powered by Blogger.

Muslim Rohingya; PAS Gesa Kerajaan Malaysia Guna Saluran Diplomatik


MARANG - PAS menggesa kerajaan Malaysia dan pertubuhan atarabangsa menggunakan saluran diplomatik bagi menekan pemerintah Myanmar yang bertindak zalim dan kejam keatas muslim Rohingya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut mendesak Myanmar menghentikan segera penganiayaan terhadap umat Islam Rohingya yang merupakan penduduk minoriti di negara itu.

Beliau juga menyarankan satu badan bebas antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat jenayah kemanusiaan yang membabitkan rejim Myanmar agar dapat diaadili di mahkamah antarabangsa.

“Kita (PAS) mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.

“Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dalam satu majlis Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 27 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpatinya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Burma (Myanmar).

Katanya, tindakan zalim yang dilakukan oleh rejim Myanmar itu berlaku di luar perikemanusiaan.

Menurutnya, perlakuan membunuh, membakar kediaman, meroboh masjid itu suatu tindakan tidak bertamadun.

“Di atas nama kemanusiaan dan Islam. PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.

“Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang.

“Zaman manusia mendokong hak asasi manusia. Hak kemanusiaan yang mesti diberi kepada seluruh manusia di dunia. Walau pun mereka (Rohingya) manoriti yang tinggal di negeri yang majoriti bukan dari kalangannya,” jelas Dato’ Seri Abdul Hadi.

Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers