Home »
Kes Jenayah
» Fakta: Rakyat Malaysia Dirogol Seramai 6 orang Sehari?
Fakta: Rakyat Malaysia Dirogol Seramai 6 orang Sehari?
Menurut akhbar Harian Metro, sekarang ni ada satu trend penculikan yang diikuti dengan samun dan rogol, dihadapi wanita seawal-awal pagi hari di bandar raya Kuala Lumpur dan sekitarnya. Sudah ada peristiwa yang berlaku. Perhatikan
1. Pada 22 Februari, 2012, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki untuk bertemu sebelum dia diculik dan kemudian dirogol bergilir-gilir.
2. Pada 24 Mac, 2012, seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya. Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi (bekerja secara sambilan).
3. Pada 30 Mac, 2012, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol. Mungkin kerana takut hukuman yang lebih berat jika tertangkap akibat merogol gadis bawah umur. Continue reading →