Powered by Blogger.

Umno Hilang Arah? Guna Fitnah Dan Wang Hadapi PR

MARANG - Rakyat negara ini yang boleh berfikir dengan baik dan tahu menilai dasar-dasar parti mana yang baik dan yang buruk, sudah pasti akan menolak Umno dan BN serta memilih PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak berkata sudah tiba masa rakyat sedar dn tidak lagi mahu ditipu oleh kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno-BN kononnya menggesa agar PAS dan Pakatan Rakyat mematuhi peraturan dan undang-undang sebaliknya parti itu sendiri mengingkarinya.

“Kita sebagai rakyat tidak mahu lagi ditipu. Dia (Umno) suruh  kita (PAS) ikut undang-undang tapi dia (Umno) tidak ikut undnag-undang.

“Sebab itu, jika rakyat yang tahu menilai dasar-dasar parti, mereka (rakyat) akan pilih PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya,” ujarnya.

Beliau berkata semikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas, Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu ke-50 di perkarangan Masjid Rusila, Marang, pada Ahad 6 Mei.

Katanya, dasar PAS adalah Islam yang kini mula dipercayai serta diyakini oleh kebanyakkan orang bukan Islam di negara ini.

Menurutnya, dengan pegangan Islam yang mendasari parti PAS menyebabkan banyak masalah rakyat dapat diselesaikan dengan baik.

Justeru itu, Ustaz Azizan meramalkan Umno-BN tidak boleh lagi menunggu masa yang lebih lama bagi diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut pada bila-bila masa sahaja.

“Umno dan kerajaan BN tidak boleh tunggu lagi pilihan raya (PRU13) ini, semakin teruk (prestasi) sekarang. Kita (PAS) dan Pakatan telah bersiap sedia untuk pilihan raya.

“Terengganu kena bersedia untuk rampas kembali negeri. Kita (PAS) akan pertahankan Kedah, Kelantan bersama Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang,” ujarnya.

Menurutnya, Umno-BN telah hilang pedoman dan tidak ada isu melainkan menggunakan serangan fitnah serta politik wang bagi menghadapi Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud, Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang dan timbalannya, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers