Powered by Blogger.

Fitnah dikitar semula tidak jejas tumpuan Azmin

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali tiada masa melayan fitnah yang dikitar semula ejen Umno BN dan mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pilihanraya umum tidak lama lagi.
Beliau berkata, fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya sedikit pun tidak menggoyahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Saya tak menolak menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti serangan peribadi dan fitnah akan dilakukan dengan lebih kencang oleh ejen-ejen penyubur fitnah.
“Tapi saya tak akan goyah dengan fitnah ini dan akan tumpu sepenuh perhatian kepada soal kerja dalam hal menyelamatkan rakyat Malaysia dalam konteks ekonomi, pendidikan, keselamatan dan isu-isu yang lain,” katanya.

Azmin sejak kebelakangan ini menjadi mangsa serangan peribadi dan  fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.
Ia termasuk isu keluarga termasuk DNA anaknya dan terbaru kononnya beliau mempunyai saham bernilai lapan juta.
Mengulas mengenai pemilikan saham, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, fitnah itu bermula sejak tahun 1995 malahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rssuah Malaysia (SPRM) sudah membersihkan namanya.

“Malah Ketua Pengarah BPR yang telah bersara telah menulis sebuah buku di mana menceritakan pengalamannya menerajui BPR ada tangan eksekutif yang menggangu badan ini.
“Dalam buku ini juga, ada satu perenggan yang menceritakan bagaimana ada arahan meminta supaya meminta BPR memutar belitkan fakta dan kenyataan mengenai kes saya,” kata Azmin.
Beliau berkata, hal yang sama turut berlaku apabila ada pihak mengitar semula fitnah kononya Azmin dan isteri bukan ibubapa kepada anaknya, sedangkan perkara itu telah dibuktikan melalui ujian DNA dan perundangan.

“Mereka suruh saya buat DNA, saya dah buat DNA. kedua-dua DNA ini membuktkan saya dan isteri adalah ibu bapa biologi kepada anak saya.
“Bukan setakat DNA. saya dah heret penulis buku (50 dalil mengapa Anwar tak boleh jadi PM) Khalid Jefry di Mahkamah Majistret Ampang berhubung dakwaan fitnah ini ini.
“Mahkamah juga dah putuskan Khalid Jefry bersalah. Ujian perubatan saya dah buat, proses undang-undang saya dah buat, buku Ketua Pengarah BPR pun dah dicetak, apa lagi yang tak habis lagi dengan mereka ni?” soal Azmin.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers