Home »
Artikel Politik
» PAS Hanya Mahu BN Bayar balik Duit Rakyat Yang Hilang
PAS Hanya Mahu BN Bayar balik Duit Rakyat Yang Hilang
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) kecewa dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap himpunan Mahasiswa mendesak memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur supaya memulangkan semula pinjaman tersebut.
Kenyataan tersebut seolah-olah Menteri Pengajian Tinggi masih belum memahami kehendak mahasiswa tersebut. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin perlu turun bertemu dengan mahasiswa yang juga rakyat Malaysia serta mendengar penjelasan serta pandangan mereka mengenai bebanan pinjaman PTPTN yang terpaksa mereka tanggung selama ini.
Khaled Nordin menyatakan “Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan” seperti mana yang di siarkan dalam Malaysiakini. DPPWP juga mahu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjadi lebih berani dengan turun bertemu dengan mahasiswa bukan hanya menghantar wakil seperti mana yang berlaku sebelum daripada ini.
MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula? Sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009.
Banyak lagi penyelewengan demi penyelewengan yang boleh kita kemukakan. Jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 dan memerintah Putrajaya. Kita akan meminta UMNO BN bayar semula duit Negara yang hilang, duit-duit untuk kroni, kita akan tuntut ganti rugi kepada UMNO BN satu hari nanti. Rakyat tidak akan biar mereka terlepas.
Jika ketirisan wang Negara dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.
Justeru, tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.
**** kenytaan Media Kamaruzaman Mohamad Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan