Kerusi Bakal Di Menangi Pakatan Rakyat Johor
Menurut kedudukan terbaru yang dikeluarkan setakat jam 8 malam tadi,
Johor dijangka akan menyumbang sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen
daripada 26 keseluruhan bagi mencerahkan peluang ke Putrajaya.
Analisis dari sumber maklumat dalaman Umno
memberitahu lapan kerusi berkenaan ialah Kulai, Kluang, Tanjong Piai,
Labis selain mempertahankan parlimen Bakri.
Paling mengejutkan, parlimen Gelang Patah turut tersenarai antara kerusi
yang bakal dimenangi Pakatan Rakyat melalui Pengerusi DAP Kebangsaan,
Lim Kit Siang.
Kit Siang dijangka menewaskan BEKAS menteri besar, Abdul Ghani Othman dengan majoriti sekitar 2100 hingga 2400 undi.
Dua lagi kerusi yang dijangka boleh ditumbangkan ialah parlimen Pulai dan Segamat.
Ini berdasarkan kepada peralihan sokongan orang Melayu yang agak perlahan sekitar 20 ke 25 peratus setakat semalam.
Jika undi swing orang Melayu malam ini meningkat sehingga 35 peratus
dengan syarat undi Cina kekal 80 peratus dan India 50 peratus, lima lagi
kerusi parlimen BN dalam bahaya.
Kerusi tersebut adalah Muar, Ledang, Tebrau, Sekijang dan Batu Pahat.
Malangnya, Pakatan Rakyat hampir pasti gagal menawan parlimen Johor
Bharu dan Ayer Hitam kerana sentimen pengundi terhadap calon BN masih
menebal.
Johor Bharu ditandingi Shahir Samad manakala BN Ayer Hitam meletakkan Wee Ka Siong.
Peluang cerah dilihat di parlimen Pulai apabila graf Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub kini meningkat hingga 49.6 peratus dan menjelang esok,
ia pasti akan meningkat mengatasi calon BN, Nur Jazlan Mohamed.
Sementara di Segamat pula, kedudukan timbalan presiden MIC, S
Subramaniam untuk mempertahankan kerusinya makin sukar selepas
demonstrasi besar-besaran pekerja bank NUBE semalam sudah cukup mencalar
reputasinya selama ini.
Chua Jui Meng kini cuma ketinggalan sekitar 0.8 peratus atau 49.2 peratus untuk menyamakan kedudukan 50:50 dengan Subramaniam.
Kerusi-kerusi lain BN sedang mendahului Pakatan Rakyat kurang dari lima
peratus antaranya parlimen Sembrong (BN 52.7 peratus), Parit Sulong (BN
53.1 peratus) dan Kota Tinggi (BN 54.3 peratus).
Sekiranya kedudukan ini kekal, Pakatan Rakyat cuma mengharapkan sekitar
20 kerusi dari Sabah dan Sarawak untuk melepasi angka 112 bagi membentuk
kerajaan persekutuan yang baru.