Home »
Artikel Politik
» Najib Layak Pangku Menteri Wanita ?
Najib Layak Pangku Menteri Wanita ?
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai senator pada 8 April 2012.
DPPM merasakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai pemangku Menteri Pembangunuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat sesuai dengan dirinya memandangkan tidak ada lagi pemimpin UMNO dari kalangan wanita yang layak menggantikan tempat Datuk Seri Shahrizat. Mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam UMNO mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Datuk Seri Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin UMNO yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri.
Kehebatan Datuk Seri Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuktikan bahawa sememangnya beliau pemimpin serba boleh sehinggakan portfolio yang berkaitan dengan wanita juga beliau perlu jaga. Pelantikan ini melengkapkan tiga portfolio kabinet yang dipegang oleh beliau iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah DPPM juga mencadangkan supaya Datuk Seri Naib membolot semua jawatan Menteri Kabinet yang lain.
Cadangan ini penting supaya membolehkan beliau dikenali dan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia. Menteri-menteri kabinet yang lain boleh dikesampingkan, kerana yang pentingnya Datuk Seri Najib popular dan diminati ramai, bukan pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya. Paling penting adalah untuk memastikan Datuk Seri Najib menang dalam PRU ke 13, tidak kisah apa jadi kepada UMNO atau pemimpin yang lainnya.
Mungkin juga Datuk Seri Najib boleh agih-agihkan tugasan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada isterinya. Mana-mana program yang tidak sempat dihadirinya boleh diserahkan kepada isterinya, kerana isterinya juga bukan calang-calang orang. Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara. Selain itu, banyak idea dan projek negara serta peruntukan-peruntukan besar boleh ‘disalurkan’ melalui isterinya. Ini barulah dinamakan ‘perkongsian bijak’ antara suami dan isteri yang boleh mem’faraid’ kan portfolio menteri antara keduanya.
*** Kenyataan media RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia