Powered by Blogger.

10,000 DVD diedar untuk buktikan polis ganas


KUALA LUMPUR 21 Mei: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerbitkan DVD ‘Merdeka Rakyat’, sebuah dokumentari video yang menghimpunkan rakaman Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0.
Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edi Nor Riduan, lebih 10,000 unit DVD dicetak dan diedar ke seluruh negara mulai majlis pelancarannya di ceramah ‘Merdeka Rakyat’, Kompleks 3K, Subang Jaya, 11 Mei lalu.
“Selepas Himpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, tarikh 28 April 2012 kita nobatkan sebagai hari ‘Merdeka Rakyat’. Bersempena hari tersebut, kita terbitkan dokumentari ini.

“Manakala Siri Jelajah Merdeka Rakyat akan turut dianjurkan di setiap negeri dengan menampilkan pimpinan utama Pakatan Rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau menjelaskan, antara kandungan DVD 45 minit itu ialah penerangan tentang lapan tuntutan Bersih 3.0, selain rakaman provokasi dan keganasan yang dibuat pihak berkuasa terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

“Kita nak tunjukkan kepada orang awam yang tak sempat datang Himpunan Bersih 3.0 dan jelaskan apa yang berlaku,” ujarnya.
DVD yang berharga RM5 seunit itu boleh didapati dengan menghubungi Sekretariat SAMM di talian 010-2675872 atau melalui emel di alamat edyesdotcom@gmail.com.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers