Powered by Blogger.

Umno Merayu Kepada Rakyat Hanya Bila Tersepit

MARANG - Umno Terengganu sebagaimana Umno Malaysia juga kini berada dalam keadaan tersepit kerana rakyat menolak mereka sehingga terpaksa merayu kepada rakyat agar tetap memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Setiuasaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata rakyat telah memberi peluang kepada BN memerintah negara sejak lebih 54 tahun tetapi gagal.

Katanya, pelbagai isu penyelewengan, rasuah, pembaziran, ketirisan dan kezaliman dilakukan oleh Umno-BN selama ini.

“Umno sekarang dalam keadaan tersempit. Mereka (Umno) terpaksa merayu kepada rakyat (pengundi) supaya dapat kekalkan kerajaan (BN).

“Di Terengganu sendiri, kita (rakyat) telah beri banyak peluang untuk uruskan kepentingan rakyat tetapi gagal. Kerajaan BN telah memerintah Negara lebih 54 tahun pun gagal,” jelasnya pada Ceramah Pentas Pemuda di Kampung Tanjung Cawangan PAS Kedai Buloh, Bukit Payung, Marang, pada Khamis 29 Mac.

Menurutnya, rakyat tidak wajar lagi memberi peluang tersebut kepada Umno-BN kecuali kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, kata Yahaya, PAS telah umumkan 10 manifesto awalnya kepada rakyat Terengganu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Untuk PRU13, kita (PAS) telah umumkan manifesto awal sebanyak 10 tawaran PAS kepada rakyat Terengganu, supaya rakyat boleh nilai dan fakir lebih awal.

“10 perkara itu termasuk pengecualian cukai pintu rumah kediaman, selesai isu tanah rakyat, peluang pekerjaan, bekalan air percuma 20 meter padu pengguna domestik, tambah sekolah agama dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Menurutnya, PAS mampu lakukan dan rakyat perlu menaruh keyakinan kepada Pakatan Rakyat bagi membawa perubahan tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi dan Pengerusi DHPP Terengganu, Dr B.Chandran.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers