Powered by Blogger.

Setelah 40 Tahun, Tidak Ada Apa Yang Membanggakan

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Namun begitu, tidak ada kemajuan yang membanggakan dicapai setelah 40 tahun penubuhan KETENGAH.

Bandar-bandar yang terletak dalam kawasan Lembaga kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) tidak diberi penekanan dan keutamaan dari segi pembangunan dalam rancangan-rancangan pembangunan Negeri Terengganu
Kecuali bagi Bandar Al Muktafi Billah Shah, bandar-bandar lain di wilayah Ketengah berada pada tahap yang rendah dalam hierarki bandar Negeri TerengganuKetengah sendiri, walaupun adalah sebuah lembaga kemajuan tetapi tidak dibekalkan kuasa yang diperlukan untuk memajukan Bandar

Kebanyakan bandar-bandar di Wilayah Ketengah terletak dalam penempatan pertanian yang  tidak mampu bersaing dengan bandar-bandar yang terletak di pesisir pantai. Kekurangan pelbagaian sektor ekonomi menyebabkan kekurangan penawaran pekerjaan di bandar-bandar di Wilayah Ketengah sekaligus menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Ia menyebabkan migrasi penduduk keluar dan mengakibatan enyusutan bilangan penduduk bandar di Wilayah Ketengah yang sangat tinggi .Bilangan bandar yang dibangunkan menyebabkan pengagihan sumber kurang efisien dan pertumbuhan negative.

Keadaan itu menyebabkan berlaku kebocoran pasaran bilamana penduduk memilih bandar lain seperti Bandar Kuala Terengganu,  Chukai, Dungun dan Kuantan untuk membeli belah.Pasaran hartanah tidak wujud bagi bandar-bandar di Wilayah Ketengah dan tidak termasuk dalam pasaran perdana hartanah Negeri Terengganu

Pasaran sektor hartanah Wilayah Ketengah tidak berkembang dan tidak setara dengan perkembangan pasaran hartanah Negeri Terengganu. Proses pemerolehan dan pemilikan tanah di kawasan Ketengah telah menghalang pembangunan bandar-bandar baru. Tidak ada kesan limpahan dari pembangunan wilayah pantai ke Wilayah Ketengah

Impak KETENGAH yang tidak kompetitif

1. Pusat Perkhidmatan Pertanian milik agensi kerajaan terbiar tidak terurus menyusahkan usaha pertanian dikembangkan
2. Kolej KETENGAH yang kekurangan pelajar menambah beban kerajaan yang menggunakan dana rakyat
3. Pusat Industri Kecil dan Kilang bimbingan yang tidak pernah beroperasi, kilang seramik
4. Kilang-kilang ditutup;  Kilang Papan Yusnah, Kilang papan Paka-Kerteh, Kilang  Permint-Plywood
5. Usaha Pertanian gagal; Ladang Kedondong Tanpa Pohon, Ladang Misai Kucing, Ladang Limau Madu.

***Artikel diatas adalah Nota Pengerusi WARIS, Ustaz Roslan ismail (Gambar), ketika menyampaikan Taklimat kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul wahid Endut pada 2 Januari, 2012

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers