Home »
» Realiti Kadar Gaji Rakyat Malaysia Hari Ini
Realiti Kadar Gaji Rakyat Malaysia Hari Ini
Gaji di Malaysia Naik Lagi “Laju” Daripada Harga Barang. Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
Gaji naik lagi laju?
: Kami ucapkan tahniah dengan sebarang usaha kerajaan Malaysia
termausklah, mahu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2020
kelak dilihat secara atas kertasnya mampu memberikan impak dan manfaat
kepada semua rakyat Malaysia…..
Walaubagaimanapun,
kita tidak boleh mempunyai masyarakat di mana satu kumpulan elit kecil
hidup dalam kemewahan, manakala satu kelompok yang terdiri daripada
majoriti rakyat marhaen di bawah ini bergelut untuk terus hidup
“menahan” gelodak cabaran kos sara hidup di Malaysia
Jurang
ketidaksamaan dan jurang kemiskinan antara golongan ats dan golongan di
bawah ini sangat ketara sejak tahun sejak pasca tahun 1990 disebabkan
beberapa faktor :
- kadar pertumbuhan pendapatan di kawasan bandar dan luar bandar
- aliran masuk pekerja asing
- halangan kepada proses migrasi dalaman
- pulangan aset terhadap gaji
Tetapi…..
Jawapan Menteri : Pendapatan Isi Rumah Lebih Tinggi VS Kos Sara Hidup di Malaysia?
Sumber : Hansard Di Dewan Rakyat
Tarik
nafas panjang kami selepas meneliti jawapan Menteri ini di Dewan Rakyat
baru-baru ini. Tertanya-tanya kami betulkah beliau menjawat jawatan
sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
“gaji naik = kuasa beli naik katanya”
Kami harap Menteri ini sila buat perbandingan semula dengan membandingkan data seperti berikut :
- Bandingkan gaji rakyat Malaysia tahun 1970 dengan gaji rakyat Malaysia sekarang ini
- Bandingkan harga rumah flat/teres setingkat/2 tingkat tahun 1970 dengan harga rumah yang ada sekarang ini
- Bandingkan kereta import pada tahun 1970 dengan harga kereta import sekarang
- Bandingkan ikan kembong berapa sekati tahun 1970 dengan harga yang dijual sekarang ini
- Bandingkan harga sebungkus nasi lemak tahun 1970 dengan harga sekarang ini Nasi lemak nasik lemak berapa sebungkos tahun 1970?
Perbandingan Gaji VS Harga Barang & Kos Sara Hiudp di Malaysia?
Sebenarnya
Menteri ini bandingkan gaji rakyat Malaysia yang di bawah inidengan
harga barang di Malaysia atau beliau bandingkan gajinya dengan harga
barang di Malaysia? yang mana satu?
- Majikan ibarat ketagih “candu” bayar gaji murah. Apabila orang tempatan tidak mahu, maka dibuat dasar separuh masak, diizinkan import jutaan pekerja asing yang masih sanggup dikerah “kerja separuh lembu” tetapi masih lagi mahu menerima gaji yang kecil.
- Itu sebablah gaji rakyat Malaysia tidak banyak kenaikan diperlihatkan, berbanding harga barangan di Malaysia
Benarkah gaji-gaji dan pendapatan rakyat Malaysia rata-rata melonjak naik?
Adakah gaji naik lebih laju atau duit yang perlu dikeluarkan oleh
rata-rata rakyat Malaysia yang di bawah ini lebih laju? Yang mana satu?
P/S
: Benarkah gaji anda semua di sini naik lebih laju dan tinggi
berbanding harga barang di Malaysia? Realiti kos sara hidup di malaysia
sekarang bagaimana?