Powered by Blogger.

Najib dan Muhyiddin tidak faham ‘wasatiyyah’

KUALA LUMPUR 2 April: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya tidak faham akan maksud sebenar konsep wasatiyyah.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Ahmad Kassim memberikan pandangan demikian ketika mengulas perbelanjaan besar Najib dan Muhyiddin dalam lawatan mereka baru-baru ini.
Menurutnya, tindak-tanduk Najib yang berbelanja sesuka hati sewaktu lawatannya ke seluruh negara seolah-olah menunjukkan yang beliau hanya tahu membaca teks tentang wasatiyyah yang ditulis penasihat agamanya.

“Kalau beliau faham, wang berjumlah RM609 juta tidak akan dibelanjakan sewenangnya, semata-mata sebagai ‘gula-gula’ untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan.
“Malah, selain ekonomi, konsep Wasatiyyah turut meliputi aspek seperti tidak rasuah, kesaksamaan dalam politik dan mengelak permusuhan melampau.
“Jadi, dimana wasatiyyah Umno BN yang selama ini boros dalam belanja, bersikap berat sebelah dalam politik dan menutup sebelah mata kepada maksiat?” soalnya.
Katanya lagi, konsep Wasatiyyah hanya digunakan Najib untuk menunjukkan seolah-olah beliau memahami kesusahan yang dihadapi rakyat pada masa ini.
Menurutnya lagi, beliau yakin Institut Wasatiyyah ini hanya akan tinggal di peringkat cadangan sahaja, tanpa sebarang pelaksanaan yang berkesan.
“Macam mana nak laksanakan, jika gaya hidup mereka sendiri tidak menunjukkan mereka hadam dengan konsep ini?” soalnya lagi.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen 30 Mac lalu, Najib dan Muhyiddin membelanjakan RM609 juta sebagai ‘peruntukan segera’ sepanjang 11 minggu lawatan mereka ke seluruh negara.
Pada Jun 2011, Parlimen mendedahkan bil elektrik bagi kediaman Najib dan Muhyiddin yang berjumlah RM10 juta, dan bil air pula RM1.9 juta, manakala kos selenggara menelan RM50 juta setahun.
Semasa Perhimpunan Agung Umno yang lalu, Najib memperkenalkan prinsip Wasatiyyah (kesederhanaan) untuk diamalkan dalam pentadbiran, dan mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah untuk mempromosinya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers