Powered by Blogger.

PKR: bukan parti lemah!!

Serangan bertali arus siang dan malam Umno-APCO terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuktikan Najib Altantuya sememangnya takut kedudukannya sebagai perdana menteri tergugat.

Setiap malam di Buletin Utama nama Anwar Ibrahim tidak pernah lekang dari mulut pembaca beritanya sehinggakan rakyat terfikir adakah Anwar Ibrahim kini menjadi simbol rating di stesen Tv milik Umno-APCO itu.

Hinggakan pernah satu malam selepas keputusan mahkamah membebaskan Anwar menjadi tajuk utama dan berita mengenai Najib Altantuya hanya disiarkan lebih 10 minit selepas itu.

Ternyata PKR dan Pakatan Rakyat semakin digeruni Umno-APCO hingga terpaksa memanggil bekas pemimpin PKR termasuk bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah menyerang Dr Wan Azizah Wan Ismail kununnya Anwar mengamalkan kegiatan biseksual.

Semua ini membuktikan PKR bukannya parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat tetapi Umno-APCO yang sebenarnya parti paling lemah dalam Barisan Nasional hingga terpaksa menggunakan fitnah memburukkan Anwar kerana apa saja kenyataan yang dikeluarkan Najib Altantuya tidak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu.

Sudahlah komen bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad semalam yang meramalkan Najib Altantuya bakal menjadi sejarah, diburukkan lagi dengan berita betapa Umno-APCO kini terdesak untuk meraih sokongan profesional muda kerana yang tinggal dalam parti reput itu hanyalah manusia oportunis yang mahukan kekayaan segera.

Ternyata, PKR bukan parti terlemah dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya yang terkuat antara semua sehingga ia menjadi tumpuan serangan BN di media arus perdana, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir setiap hari menjadi berita utama di kaca televisyen seperti RTM dan TV3.

Bercakap dalam majlis makan malam di Kota Kinabalu, Azmin juga berkata, sokongan Sabah pada pembangkang berkembang pesat selepas mereka mengumumkan Buku Jingga versi Sabah yang memasukkan 19 isu-isu penting negeri.

Turut hadir dalam majls itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman, timbalan speaker Selangor Haniza Talha dan ramai lagi wakil rakyat daripada semenanjung.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers