Powered by Blogger.

Nalla Diugut 2 Lelaki Minta Jangan Cakap Hal Anwar

KUALA LUMPUR – ‘Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul’.
Itu antara ugutan diterima oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan semasa didatangi dua lelaki tidak dikenali petang semalam.
Insiden ugutan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.
Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini pada pukul 3 petang semalam.
Beliau yang bimbang perkara buruk menimpanya dan keluarga membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini pada pukul 12 tengah malam tadi.
“Dua orang mendekati saya. Dia orang kata ‘awak tak usah cakap Anwar punya hal, Suresh Kumar (pemimpin PKR) punya hal, jangan bagi kenyataan akhbar.
“Dia orang menakutkan saya. Jadi saya sudah buat laporan polis. Saya buat laporan untuk keselamatan keluarga saya,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul pada awal pagi ini iaitu selepas dua jam membuat laporan dan diambil keterangan.
Menurut Nallakaruppan, selain didatangi dua lelaki berkenaan, beliau turut menerima ugutan berkaitan perkara sama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari sama.
Pada 20 Mac lalu, Nallakaruppan membuat kenyataan mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan Anwar yang juga bekas rakan karibnya itu sebagai biseksual dan disiarkan oleh Utusan Malaysia.
Berikutan kenyataan tersebut, Anwar melalui peguamnya memberi notis kepada Nallakaruppan mengarahkannya berhenti bercakap mengenai perkara itu dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.
Desakan Anwar bagaimanapun tidak diendahkan oleh Nallakaruppan, malah mencabar Ketua Pembangkang itu agar segera menyamannya.
Sebagai reaksi balas, Anwar diwakili peguam, R. Sivarasa pada pukul 10.30 pagi semalam, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. kerana mendakwa memfitnahnya melalui kenyataan tersebut.
Saman itu berhubung petikan ringkas disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk ‘Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla’ dan berita penuh di muka surat enam bertajuk ‘Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual’. – mynewshub.my

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers