Powered by Blogger.

Najib Tunjukkan Contoh Wasatiyyah Terbaik??

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kontroversi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Tun Razak semakin mendapat perhatian ramai pihak. Isunya adalah kos sebanyak RM 409,767 yang kosnya didakwa dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri berdasarkan kepada bil yang dihantar. Walaupun ia kemudiannya dinafikan oleh pihak Hotel Shangri-La Kuala Lumpur yang menjelaskan ia adalah kos Datuk Seri Najib sendiri, isu ini  masih tidak mampu menutup kontroversi yang semakin berpanjangan.

Isu penting yang perlu diberi perhatian adalah kos majlis tersebut yang menelan belanja sebanyak RM 409,767 bagi sebuah majlis pertunangan. Walau siapa pun yang membayarnya, kos perbelanjaannya dianggap amat tinggi dan keterlaluan. Bagi rakyat umum, ia adalah suatu belanja super mewah dan melampau. Ramai terlopong mulut mendengar hampir setengah juta ringgit dibelanjakan semalaman untuk perbelanjaan majlis pertunangan anaknya. Bayangkan jika majlis pernikahan atau majlis resepsi yang akan diadakan nanti, berapa ratus ribu atau juta pula akan dihabiskan?

Meskipun Datuk Seri Najib mungkin menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara, dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewahan.

Dalam keadaan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan pimpinannya menggunakan pendekatan wasatiyyah (sederhana), isu kos majlis pertunangan anaknya seakan menikam balik segala kenyataannya. Bagi Datuk Seri Najib, itu mungkin wasatiyyah yang cuba ditonjolkan, tetapi tidak bagi rakyat. Dalam keadaan rakyat semakin tersepit dengan kenaikan kos sara hidup, rakyat tidak boleh menerima pemimpin mereka hidup umpama di puncak kayangan. Majlis tersebut pula adalah majlis high profile yang dihadiri oleh pemuka, golongan elit korporat serta mereka yang ternama, dan tiada ruang untuk rakyat jelata dijemput hadir bagi memeriahkannya.

Lebih dari itu, majlis yang diadakan tidak menggambarkan sebagai sebuah majlis yang dianjurkan oleh pemimpin umat Islam. Dengan tetamu yang berpakaian seperti majlis anugerah filem atau muzik di negara ini, tidak sesuai langsung seorang pemimpin umat Islam yang mahu melaksanakan wasatiyyah mengadakan majlis seperti ini. Tidak sesuai juga bagi para ulama’, pendakwah serta mereka yang cintakan Islam hadir majlis seperti ini. Tahniah Datuk Seri Najib kerana berjaya menunjukkan contoh wasatiyyah terbaik untuk diteladani oleh rakyat.

*** Artikel adalah  adalah kenyataan media RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers