Powered by Blogger.

kenapa pas pilih DAP tolak UMNO?


APAKAH akar PAS? Akar PAS ialah parti politik Islam untuk Se-Malaysia. Parti politik menyertai proses yang ada untuk mendapatkan kuasa. Islam dalam perjuangan adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang berakhlak, memberikan kebajikan kepada rakyat dan melaksanakan keadilan.

PAS adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira anutan agama, kaum dan fahaman politik. Inilah akar PAS, dan parti ini masih memilikinya.

Adakah bekerjasama dengan DAP dan KeADILan itu lari daripada akarnya? Tentulah tidak. Untuk mendapatkan kuasa, sebagai sebuah parti politik, ia perlu kerjasama dengan parti lain. Tidak salah.

DAP memperjuangan negara mengimpikan Malaysia yang adil, justeru ia boleh bekerjasama dengan parti Islam. Sememangnya DAP dan KeADILan mempunyai fahaman tersendiri yang ciricirinya berbeza dengan PAS, tetapi platform Pakatan Rakyat menyediakan kerjasama yang selaras.

Mengapa PAS memilih DAP dan KeADILan tetapi menolak Umno? Rekod Umno dan BN yang dipimpinnya adalah korup dan tidak dapat diterima.

Tetapi tidakkah DAP dan KeADILan akan menjadi korup juga apabila memegang kuasa begitu lama seperti Umno? Boleh jadi tetapi hakikatnya buat masa ini rekod korup dipegang oleh Umno kerana mereka yang berkuasa terutama di peringkat Pusat.

Mengapakah PAS mahu bekerjasama dengan DAP dan KeADILan sedangkan mereka bukanlah parti orang Islam seperti Umno? Persefahaman bersama Pakatan Rakyat dapat diterima oleh Islam yang selaras dengan PAS. Tetapi rekod Umno yang korup tidak dapat diterima oleh PAS.

Apa yang disebut sebagai Islam boleh datang dalam pelbagai bentuk. Baik secara langsung atau tidak langsung.

Keadilan dan kebebasan adalah Islami walaupun tidak diistilahkan sedemikian.

Sebaliknya yang telah lari dari akar ialah Umno. Ketika melawan MalayanUnion dan memperjuangkan kemerdekaan, akar Umno adalah kebebasan dan keadilan. Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya ialah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Tetapi selepas pelaksanaannya, ia menimbulkan imej korup.

Gejala korupsi adalah penyelewengan landasan pada mana-mana parti. Demokrasi bertujuan untuk mengimbangi supaya dikurangkan ancaman korupsi. Kuasa mutlak membawa kepada korupsi penuh. Justeru, imbangan dan pembetulan wajar dilakukan dan itulah inti demokrasi.

Korupsi di sini bukanlah bermaksud dari sudut kewangan semata-mata tetapi lebih utama ialah kekuasaan. Keseluruhan mesej Islam ialah perlindungan masyarakat daripada korupsi.

Inilah akar PAS dan juga Pakatan Rakyat. Umpamanya, mesej utama zakat adalah keadilan sosial yang merupakan usaha menghalang korupsi di kalangan elit masyarakat.

Selain itu, PAS bukan saja memiliki dahan dan ranting. Daripada akar itu, sudah berkembang dahan iaitu tradisi dan pengalaman parti.

PAS adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia, seperti mana juga Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki, Parti Annahdhah Tunisia, Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi dan Parti Kebebasan dan Pembangunan (PFD) Mesir.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers