Powered by Blogger.

ADUN Umno Di Samun

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan isteri bersama anak lelakinya diikat setengah jam oleh tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Taman Wang Setia, Tanjung Malim, kira-kira 120 kilometer dari sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mohd Khusairi bersama keluarganya sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum kediamannya dimasuki penceroboh dipercayai warga Indonesia melalui pintu balkoni tingkat berkenaan.

Mohd Khusairi (gambar) yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng melompat di atas katil ketika beliau dan isteri sedang nyenyak tidur sebelum mengejutkannya supaya bangun.

“Pada masa itu, seorang daripada suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi arahan supaya tidak membuat bising. Kemudian saya dan isteri diikat sebelum seorang daripada penjenayah itu ke bilik anak lelaki saya yang terletak bersebelahan dan mengikatnya pada tiang katil.
“Tiga lagi anak saya berusia sembilan, 11 dan 13 tahun turut dikejutkan dari tidur dan diletakkan dalam bilik tidur saya. Mereka tidak diapa-apakan tetapi diugut supaya tidak membuat bising, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, selepas mengikat dan mengumpulkan semua ahli keluarganya, ketiga-tiga perompak berkenaan mula menggeledah rumah sebelum melarikan barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya.

“Ketiga-tiga penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri melalui pintu balkoni iaitu tempat sama mereka masuk. Ketika itu baru saya berjaya melepaskan ikatan dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

“Akibat kejadian itu, saya sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 dan sehingga kini masih trauma terutama ketika waktu malam,” katanya. ~beritaharian

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers