Powered by Blogger.

NIK AZIZ: ‘Beri gula kacau, beri kain pakai ’

KOTA BHARU: “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am mengulangi strategi kempen PAS ketika menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada 1994. Pada kempen tersebut umpan kebendaan ditabur Umno sebagai senjata bagi meraih undi.
Ekoran kempen tidak sihat tersebut menyebabkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempopularkan ungkapan itu hingga menyebabkan BN gagal merampas Dun Lundang.
Mursyidul Am mengulangi lagi strategi berkenaan ketika merasmikan program Pemuda Penggerak di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Pusat Kajian Strategik, Abdul Rahim Salleh dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.
Program tersebut diadakan dengan kerjasama Peti Undi PAS Kampung Jambu.
Pelbagai program menarik diadakan termasuk bakar ayam dan ikan.
Pemuda Cawangan berkenaan juga menerima sumbangan peralatan sukan.
Umno dan BN kini mengulangi taktik menggunakan umpan kebendaan bagi menarik simpati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Sekarang pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diagih.
Sementara itu di majlis berasingan tindakan seorang menteri membandingkan antara bantuan kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu rakyat dipertikaikan pelbagai pihak.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Ustaz Abdullah Ya’kub berkata, kenyataan menteri terbabit sebenarnya memperlihatkan pemimpin Umno tidak cuba belajar memahami konsep federalisme.
“Apabila kita membandingkan bantuan yang dihulur kerajaan pusat dan bantuan negeri, seolah-olah >> MALAYSIA KINI drnots kita mahu melihat apa yang disumbang seorang bapa dan seorang anak.
“Seorang bapa yang mempunyai segala kuasa dan kedudukan tidak adil apabila dibanding pula dengan anak berpendapatan rendah dan tiada kedudukan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dilaporkan mendakwa kerajaan Persekutuan menyalur bantuan melalui JKM hampir 90 peratus berbanding hanya 10 peratus disumbang kerajaan Kelantan.
Sedangkan kata Abdullah segala hasil daripada mana-mana negeri dilonggok di Putrajaya.
Katanya, cukai langsung atau tidak langsung semuanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Negeri hanya ada bidang kuasa berkaitan tanah, sumber air, hasil hutan dan cukai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Namun bagi Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, soal rasionaliti tidak diambil kira biarpun perbezaan jumlah hasil di antara pusat dan negeri seumpama langit dan bumi.
Maka tidak hairanlah Mustapa menyebut kerajaan pusat membelanjakan sebanyak RM84.5 juta bagi membantu penduduk miskin tahun lepas yang disalur melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Lalu dibandingnya pula dengan kerajaan PAS Kelantan yang hanya memperuntukkan sebanyak RM7.4 juta bagi tujuan sama.
Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, kalau hendak dibuat perbandingan bajet diperuntukan persekutuan, perlu dilakukan perbandingan dengan negara lain yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar hampir serupa.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers