Powered by Blogger.

Kabinet lulus dana tambahan RM6 bilion untuk: PTPTN

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun 2012 dan 2013, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet semalam memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
"Sehingga 29 Februari lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Majlis penutupan karnival itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohamed Khaled berkata bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu dari 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.
"Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara," katanya.
Mengenai karnival yang bermula sejak Januari lepas, Mohamed Khaled berkata ia telah berjaya menarik seramai lebih 460,000 pengunjung sepanjang penjelajahan ke 11 zon di seluruh negara bemula di Pahang dan berakhir di sini. – Bernama

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers