Powered by Blogger.

DAP Rasis, Manoharan Digantung, Guan Eng Bebas

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang melahirkan rasa tidak puas hati tindakan Majlis Tertinggi DAP yang mengantung Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan selama enam bulan berhubung satu kenyataan tentang Jalur Gemilang menerusi Facebook, minggu lalu.
Bendaharinya, Vincent David berkata, persatuan faham bahawa Manoharan memang telah melakukan kesilapan sehingga beliau digantung selama enam bulan, tetapi dalam masa yang sama Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng juga telah melakukan kesilapan dengan mengutuk dan membuat dakwaan yang buruk terhadap negeri Johor sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan Johor tidak dikenakan sebarang tindakan.
“Jadi DAP wajar mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Lim Guan Eng sebagaimana tindakan terhadap Manoharan. Bagi saya, sebagai NGO melihat DAP memang merupakan sebuah parti yang rasis, kalau Guang Eng buat mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan, sebab dia anak Kit Siang.
“Namun jika mana-mana ahli atau pemimpin DAP berbangsa India melakukan kesalahan, tindakan segera akan diambil. Jadi kami dari Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang mengecam tindakan terhadap Manoharan sedangkan dalam masa yang sama, Lim Guan Eng dibebaskan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang mencabar Majlis Tertinggi DAP mengambil tindakan yang sama terhadap mana-mana ahli DAP termasuk terhadap Lim GuanEng.
“Kami memerhatikan apa yang dibuat DAP itu salah. Maka kami berharap agar Majlis Tertinggi DAP buat sesuatu yang adil kepada mana-mana ahli DAP tanpa mengira status dan kedudukan walaupun Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung, tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun  beliau sendiri telah mengaku membuat silap dan meminta maaf terhadap Sultan Johor.
”Maka DAP harus buktikan ketelusan dan keadilan sebagaimana yang mereka war-warkan selama ini,” tambahnya. -MediaUMNO

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers