Home »
akikah di kemboja
»
ibadah korban di kemboja
»
ibadah korban negera kemboja
» Ibadah Korban Di Tempat Yang Memerlukan
Ibadah Korban Di Tempat Yang Memerlukan
Ibadah Qurban Online bukanlah suatu yang baru bagi kita. Ibadah
Qurban merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Ibadah Qurban ini hukumnya
sunat Muaakad dan sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan dan jatuh
hukumnya Wajib kalau bernazar.
Tahun lepas, alhamdulillah saya sendiri telah melakukan ibadah
qurban untuk diri sendiri dengan menggunakan khidmat Ustaz Yahya Al-Hafiz { Ustaz Yahya Cambodia } dan qurban
saya dilaksanakan di negara yang pada saya sangat memerlukan bantuan kita,
iaitu Kemboja. Ada rezeki sikit, eloklah saya buat qurban. “Bersihkan diri”
yang serba kekurangan ni.
Ramai yang masih kurang tahu hikmat melakukan Ibadah Qurban ni.
Mungkin tahu, tapi tidak mendalam. Macam pernah saya ceritakan kisah seorang
hamba Allah yang saya dengar sendiri di radio IKIM berkenaan bagaimana Ibadah
Qurban dapat menyelesaikan masalah dalam rumahtangga beliau. Saya kongsikan
sekali lagi di sini.
Ustaz tu cerita, ada
seorang hamba Allah ni dia datang jumpa ustaz dan mengadu tentang hal isteri
dan ibunya (ibu si lelaki) selalu bergaduh. Dia bertanya pendapat ustaz cara
nak baikkan mereka ni. Ustaz tu sarankan pada lelaki tu “lakukan korban dan
niatkan untuk isteri dan ibu kamu”.
Dipendekkan cerita,
lelaki tu terus buat tempahan dengan jumlah yang agak besar (saya dah tak ingat
berapa ekor). Lelaki ni memang hartawan. Selang beberapa hari selepas lelaki ni
buat tempahan (belum dilakukan korban tu, baru buat tempahan) dia call ustaz
tu.
katanya, tiba-tiba saja
isteri dan ibu beliau sudah berbaik antara satu sama lain seperti tidak pernah
terjadi perselisihan faham sebelum ni. Ustaz tu terangkan pada lelaki tu, itu
semua mungkin hikmah dengan ibadah korban yang dia lakukan. Wallahualam.
Itu cerita Ustaz. Pada saya pula, sebagai seorang hamba Allah yang
biasa-biasa saja. Kurang itu ini, tapi alhamdulillah Allah beri sedikit rezeki
dan saya mampu untuk buat ibadah qurban untuk diri sendiri. Saya rasa “senang
hati” dan lapang dada. Tak sama rasanya bila kita ada rezeki, ada duit lebih
tapi “simpan” saja.
Lain rasanya. Mungkin daripada pandangan mata kasar, duit saya
hilang sikit tapi bila fikirkan janji Allah…boleh buat saya tersenyum. Jiwa
lebih tenang dan puas dapat beribadah dan bersedekah pada mereka yang cuma
mungkin setahun sekali je agaknya dapat makan daging. Kita? Setiap hari pun
boleh dapat makan daging kot.
Tahun ini, alhamdulillah ada ahli keluarga yang dijemput untuk
menunaikan ibadah haji. Waktu kursus haji dijalankan di rumah kami, ustaz tu
pun ada sebutkan hikmah ibadah qurban ni. Katanya, rahsia atau maksud sebenar
“binatang yang kita qurbankan ini yang akan jadi tunggangan di akhirat kelak”
bukanlah bermaksud kita akan naik lembu/kambing atau unta masuk syurga kerana
maksud sebenar hanya Allah sahaja yang tahu.
Katanya, maksud di sebalik kata-kata tersebut ialah insyaAllah,
dengan ibadah qurban kita tu nanti mungkin akan menjadi penyebab kita dmasukkan
syurga Allah. Dengan IzinNYA. Jadi, kenapa nak ragu-ragu keluarkan beberapa
ratus SETAHUN SEKALI untuk syurga Allah kan? Fikirkan lah sendiri.
Sekiranya ada yang berhajat nak buat Ibadah Qurban melalui Ustaz
Yahya Cambodia macam saya sendiri, bolehlah ke website beliau
WWW.KORBANKEMBOJA.COM