Powered by Blogger.

UMNO sudah mahu berkopiah puteh dan bertakbir ??

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Cerita seorang penceramah mengenai ada orang Melayu malu-malu untuk melaungkan takbir kerana takut dianggap penyokong sebuah parti pembangkang, menunjukkan kekeliruan sudah tertanam bahawa yang berhak melaungkan takbir di dalam majlis hanyalah penyokong pembangkang.
Ia adalah gambaran pemikiran lama dan salah, kononnya hanya penyokong parti pembangkang bertakbir. Salahnya, kerana takbir bukan hak eksklusif sesiapa, malah mana-mana umat Islam berhak untuk bertakbir.
Begitu juga hak memakai kopiah putih mahupun semutar. Sesiapa pun boleh memakainya dan ia tidak melabelkan pemakainya sebagai penyokong pembangkang.
Menurut penceramah itu, dalam sebuah majlis yang disertai anggota Umno juga, keadaan serupa terjadi di awalnya apabila mereka malu-malu apabila diajak bertakbir.....klik tajuk


Mungkin kerana menyedari adanya kekeliruan seperti itulah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali menjelaskan bahawa perjuangan kerajaan persekutuan yang ditunjangi Umno adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah.

Perjuangan Umno berlandaskan Islam, malah memartabatkan Islam, bukanlah baharu kerana ia sudah berlangsung sejak dulu, sehingga kini dan berterusan selamanya, biar sekuat mana pun percubaan pembangkang menidakkannya.

Dasar itu, yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasa Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk orang Islam mahupun bukan Islam.

"Jauh sekali kita meminggirkan Islam ataupun ketepikan Islam tetapi perjuangan kita ialah perjuangan yang dituntut oleh Islam," kata Najib pada satu majlis baru-baru ini.

Tuduhan kononnya Umno, parti terbesar di negara ini tidak mempertahan atau memperjuang Islam, sangatlah dangkal dan dibuat oleh pihak yang berkepentingan sempit atau memang berfikiran cetek. Ini kerana mereka buta mata hati untuk melihat bahawa Umno meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, seperti tercatat dalam Perlembagaan, yang jauh lebih tinggi kedudukannya daripada sekadar sebagai agama rasmi.

Wajar dilihat satu persatu usaha Umno mempertahan Islam secara berterusan sejak merdeka selama 55 tahun dahulu, dan bukannya hanya baru-baru ini sahaja.

Perlembagaan Umno dalam Fasal 3 - Asas dan Tujuan Umno mencatatkan bahawa ditubuhkan Umno ialah mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Di bawah perkara 3.2 fasal yang sama, perlembagaan parti terbesar orang Melayu itu juga menyebut ia bertanggungjawab menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

Ini adalah dua perkara pokok yang ditetapkan di dalam perlembagaan Umno. Jadi di manakah kebenaran dakwaan bahawa Umno itu menolak Islam?

Tuduhan bahawa anggota Umno tidak Islamik adalah berniat jahat dan dilakukan kerana pembangkang sudah terdesak serta kehabisan modal untuk mencuba menghakis dan mengikis keyakinan orang Melayu terhadap Umno. Pembangkang terdesak kerana pilihan raya umum ke-13 sudah hampir dan banyak petanda menunjukkan bahawa orang Melayu, Islam, kian ramai kembali menyokong Umno.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah menyebut bahawa tuduhan PAS kononnya Umno tidak memartabatkan Islam serta memperalatn agama bagi tujuan politik merupakan satu fitnah yang sengaja dicetuskan untuk mengelirukan rakyat.

Tidak Islamkah Umno yang berjuang tanpa penat lelah menunaikan segala janji kepada rakyat? Lebih Islamkah PAS yang hanya menabur janji tetapi bukan untuk ditepati?

Banyak bukti kesungguhan Umno, melalui kerajaan BN, berjuang memartabatkan Islam. Antaranya ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tabung Haji untuk memudahkan urusan rakyat menunaikan rukun Islam kelima, institusi zakat dan perbankan, penekanan terhadap pendidikan Islam di sekolah rendah, menengah hingga ke universiti.

Jauh lebih mendalam ialah penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui Umno selain projek-projek prasarana keagamaan yang berterusan dilakasanakan sejak dahulu.

Mengikut maklumat Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdapat sebanyak 7,112 masjid dan surau di seluruh negara dengan 640 adalah kategori surau yang melaksanakan solat fardu Jumaat.

Selain memberi perhatian kepada prasarana, Jakim juga bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan modal insan guru dan pegawai agama termasuk di dalam pembayaran elaun guru Kelas Ffardu Ain dan Al-Quran (KAFA), Imam, dan guru takmir.

Kenaikan kadar elaun guru KAFA dan Imam yang memberi manfaat kepada guru KAFA dan Imam di seluruh negara dilaksanakan mulai Januari 2011. Lebih 32,000 guru KAFA menikmati kenaikan elaun daripada RM500 kepada RM800.

Elaun untuk Imam pula adalah sebanyak RM800 diberikan kepada 14,254 orang.

Selain itu, sebanyak RM11.5 juta diperuntuk untuk membaik pulih, naik taraf dan penyelenggaraan masjid seluruh Malaysia, susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.

Pembinaan baru serta naiktaraf surau luar bandar juga dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Ini merupakan sebahagian kecil contoh keprihatinan kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mempertahan dan meningkatkan martabat agama Islam.

-- BERNAMA

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers