Powered by Blogger.

Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat atau kpd Barat ?

Dari Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) merangkap Ketua Perhubungan ISMA N.Sembilan
Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain terutama kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar.


Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan ada ke tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap Islam yang hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta dunia dan sayang kepada kerusi tampuk kekuasaan.
 
Bagi mereka, mereka akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya mereka mendapat dokongan Barat dan Kuasa-kuasa Besar, itu yang lebih penting. Jika tidak, Barat akan menggangu gugat kestabilan karier politik dan periuk nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada Barat bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar.
 
Oleh itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak dan kehendak raakyat di belakangkan.
 
Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan, kekuatan ekonomi dan keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di dalam negara itu sendiri.
 
Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih besar yang menentukan segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha Perkasa.
 
Walaupun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Resmi negara adalah Islam, tetapi banyak undang-undang tidak digubal oleh wakil-wakil rakyat ke arah itu.
 
Begitu juga banyak undang-unang yang bertentangan dengan Agama Resmi negara tidak cuba diubah oleh wakil-wakil di Parlimen dan DUN.
Kebanyakan ibu bapa tidak suka anak-anak muda mudi mereka terjebak di dalam Budaya Kuning yang merosakkan. Mereka mengundi wakil mereka ke DUN dan Parlimen. Adakah wakil mereka memperjuangkan harapan dan ideologi mereka atau mereka lebih melayan agenda pihak lain ? Adalah lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada Rakyat daripada berkhidmat kepada Barat.  

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers