Powered by Blogger.

Najib ikut telunjuk Mahathir. kata anwar




KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib Razak kini hanya mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bimbang kedudukannya sebagai orang nombor satu negara tergugat.


Katanya, Perdana Menteri itu juga bukan sahaja tidak mempunyai idea malah hanya mengikut ‘arahan’ Mahathir.

“Najib ada pandangan bebas? Tidak ada…Oleh kerana Dr Mahathir sebut: Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, dia akan gadai negara. Dua minggu kemudian…Najib pun ikut kata (yang sama),” katanya di ceramah Merdeka Rakyat peringkat Selangor di Stadium Kajang, kelmarin.

Anwar juga menempelak Umno kerana menuduhnya sebagai alat untuk DAP berkuasa dan menjadi ketua negara sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

"Umno dah tak ada modal.. Takut kalau Pakatan Rakyat memerintah, mereka kehilangan segalanya.."

“Saya dituduh jadi alat DAP. Saya nak beritahu depan orang Melayu, Cina India, Kadazan, Dayak dan lain-lain di sini. Kalau saya pimpin negara ini, InsyaAllah, saya jadi alat kepada rakyat, untuk pertahankan hak semuanya,” tegas Anwar 

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers