Powered by Blogger.

Muhyidin akui BN gagal dari Pakatan Rakyat.



KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti-parti komponen BN berhadapan dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Menurutnya, cabaran itu timbul kerana pembangkang memutarbelitkan isu dan menyebarkannya kepada rakyat.

"Hal-hal yang tidak betul tetapi diulang berkali-kali dan disebarkan melalui media sosial.

"(Justeru) hari ini kita berhadapan dengan masalah persepsi," katanya tanpa memperincikan masalah persepsi berkenaan.

Justeru, beliau menggesa agar pimpinan setempat BN turun ke akar umbi mendekati rakyat untuk membetulkan persepsi tentang BN.

"Sebab itu hari ini kita ambil langkah proaktif dengan turun ke bawah tanpa orang tengah dan jumpa rakyat," katanya.

Dalam ucapan sama Muhyiddin turut menegaskan bahawa calon boleh menang BN akan datang perlu diterima bukan sahaja di peringkat parti tetapi juga diterima rakyat.

"Kalau dia peringkat parti popular, di bawah juga popular, mungkin inilah ciri-cirinya," katanya. 

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers