Powered by Blogger.

Jelajah Najib guna RM608.68 juta

KUALA LUMPUR: Jelajah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke seluruh negara bagi berkempen dan memburukburukkan pembangkang telah menggunakan RM608.68 juta bagi tujuan peruntukan projek segera di setiap negeri.
Demikian kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dengan merujuk kepada dokumen Pemberitahuan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat membabitkan soalan beliau kepada Perdana Menteri 27 Mac lalu.


Dalam surat itu, Firdaus dimaklumkan bahawa peruntukan yang telah diluluskan oleh PM dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang tempoh Januari hingga 15 Mac 2012 adalah sejumlah RM608.68 juta.
Perak adalah penerima peruntukan terbesar dengan RM220.38 juta diikuti Johor dengan RM201.40 juta, sementara Wilayah Persekutuan (RM63.25 juta); Terengganu (RM28.95 juta); Sabah (RM22.77 juta); Pahang (RM19.80 juta); Selangor (RM17.30 juta); Sarawak (RM10.13 juta); Kelantan (RM6.40 juta); Pulau Pinang (RM5.58 juta); Kedah (RM4.06 juta); Melaka (RM3.24 juta); Negeri Sembilan (RM2.92 juta) dan Perlis (RM2.50 juta).
“Kita dapat lihat, peruntukan ini diumumkan dalam projek mee segera PM semasa lawatannya ke negeri-negeri termasuk berkempen agar rakyat mengundi mereka. Gunakan dana awam, lepas tu dalam media hentam pembangkang,” katanya lagi.
Beliau juga runsing dengan sebarang kemungkinan sifat projek mee segera ini hanyalah akhirnya nanti menemui jalan buntu dengan masalah tidak siap ataupun lewat siap.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan sama ada projek mee segera yang diumumkan ini adalah untuk diberikan kepada kroni mereka yang berada di negeri-negeri tatkala protes ke atas pimpinan BN semakin meningkat.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers