Home »
Artikel Politik
 » Gajah mati tinggal tulang, BN mati tinggalkan hutang
Gajah mati tinggal tulang, BN mati tinggalkan hutang
 HUTANG negara kini adalah pada paras 53  peratus KDNK. Apakah maknanya ini? Dan apakah seperti ini siha t  atau  tidak untuk ekonomi sesebuah negara.Bagi yang masih tidak begitu   memahami maksud KDNK (singakatan piawaian bagi ‘Keluaran Dalam Kasar   Negara’), ia bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan   perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa   tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).
t  atau  tidak untuk ekonomi sesebuah negara.Bagi yang masih tidak begitu   memahami maksud KDNK (singakatan piawaian bagi ‘Keluaran Dalam Kasar   Negara’), ia bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan   perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa   tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).
Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.
 Maka dari segi  hutang negara ini, analogi atau pengibaratan paling mudah dalam skala  lebih kecil ialah: jika anda adalah sebuah kerajaan dan pendapatan anda  katakan RM1,000 sebulan maka jumlah hutang anda ialah RM530.
 Itu  sebenarnya tidak menjadi masalah besar. Lagipun sebagai seorang rakyat  biasa Malaysia, kita sudah lali hidup dalam nisbah pendapatan kepada  hutang yang jauh lebih besar. Malah jika dikira hutang membeli rumah  (pada kadar tinggi disebabkan kegagalan  kerajaan mengawal mekanisme  harga atau peregulasian lemah), hutang kereta (kerana struktur cukai  menyebabkan harga kereta persendirian antara tertinggi di dunia), hutang  kad kredit (kerana gaji yang tak pernah cukup untuk kehidupan seharian)  dan hutang peribadi (kerana dalam keadaan terdesak kita tidak ada  pilihan), maka hutang kita jauh melebihi keluaran dalam kasar kita. 
Malangnya,  kerajaan BN tidak melihat ini sebagai satu masalah kronik kepada  rakyat. Sebaliknya beban hutang ini ditokok pula dengan penarikan semula  pelbagai subsidi, pengenalan pelbagai cukai konsumer baru sebagai  tambahan cukai yang sedia ada dan telah dinaikkan berulang kali, harga  barangan utama pengguna yang terus naik dan bak kata orang ungkapan  Inggeris, "last but not least", nilai ringgit yang susut lebih cepat  berbanding mata wang utama dunia. 
Malah kerajaan BN tidak pernah  merasa susah hati tentang prestasi ekonomi negara sekalipun. Kepada  minda pemimpin BN hatta Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekalipun,  wang tunai tidak ada masalah dan boleh turun dari langit pada bila-bila  masa. Setiap Menteri Kewangan bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad,  adalah Perdana Menteri Malaysia dan mereka seakan-akan mahu menunjukkan  tidak ada lagi negara yang kaya di seantero dunia ini melainkan  Persekutuan Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN.
 Hujung  minggu lalu dunia kita menyaksikan Perlumbaan Lumba Kereta Formula 1  Petronas di Litar Sepang dengan tiga buah pasukan di taja oleh Malaysia  (sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia ini,  walaupun bagi negara yang paling gila sukan ini).
 Petronas,  menerusi kerajaan BN, merasakan lebih baik, lebih bermanfaat, dan lebih  dilihat sebagai melangsaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat  Malaysia menganjurkan siri perlumbaan tersebut di negara ini dan sekali  gus menaja sebuah pasukan Formula 1 daripada membayar royalti bagi  membantu rakyat dan negeri Kelantan. Proton Holdings Berhad yang semakin  terkenal dengan kerugian RM3.4 bilion pula merasakan tidak mengapa  menaja sebuah pasukan lagi. Begitu juga pemilik bersama baru MAS yang  juga mempunyai pasukan lumbanya dalam siri kejohanan sukan tersebut  musim ini.
 Itu hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain di mana  kerajaan berlagak kaya. Contoh terbaru ialah pelupusan hutang RM589  juta usahawan Tajuddin Ramli kepada Pengurusan Danaharta Sdn Bhd.
  Sebelum ini ialah pemberian BR1M yang dikatakan menelan wang pembayar  cukai sebanyak hampir RM100 juta. Sudah tentu jumlah ini belum lagi  termasuk peruntukan payun terjun dan pemberian khas Pengerusi BN (atas  kapasiti Perdana Menteri) meluluskan projek itu dan ini kepada pelbagai  pihak dalam setiap lawatan prapilihan raya umum beliau.
 Justeru,  tidak hairanlah apabila seorang ahli Parlimen BN dari negeri Perak  dengan megah dan angkuh bangkit dalam Dewan Rakyat lalu menyanggah  mengapa rakyat Malaysia harus bimbang dengan nisbah hutang negara kepada  KDNK pada kadar yang akan kini. Dan seorang Timbalan Menteri pula  mengeluarkan kenyataan berhubung perihal hutang negara ini dalam nada  seolah-olah, “dont worry, it is just a debt...”
 Tentu sekalilah  mereka tidak perlu bimbang apa-apa kerana akhirnya bukan mereka yang  terpaksa membayar hutang ini melainkan rakyatlah yang akan dibebankan  dengan pelbagai cukai, penarikan subsidi dan macammacam lagi.
  Seorang felo terkemuka di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Mohd  Arif Abdul Kareem tidak lama dulu mengatakan pendapatan negara adalah  terlalu perlahan bagi memadankan dengan kelajuan kerajaan meminjam wang.  Menurutnya memang benar saiz hutang negara berbanding KDNK bukanlah  sesuatu yang bermasalah, tetapi masalahnya kelembapan pertumbuhan  ekonomi dalam tahun-tahun terakhir inilah yang dibimbangkan.
  Penjelasan Mohd Arif tentulah ada asasnya. Nisbah hutang negara kepada  KDNK melonjak daripada 41.4% pada 2008 kepada 53.1% pada 2010 sementara  hutang kerajaan meningkat daripada 14.6% pada 2008 kepada 18.3% pada  2009 yang mana terlalu jauh mengatasi pertubuhan ekonomi.
 “Jika  tidak ada sesuatu dilakukan untuk menterbalikkan trend dalam  perbelanjaan dan penghasilan kerajaan,ekstrapolasi menunjukkan hutang  negara akan meletup kepada 100% dari KDNK pada tahun 2019 kelak,” kata  Mohd Arif.
 Melihatkan cara urus-tadbir ekonomi dan kewangan  kerajaan BN yang begitu berlagak, terutama sejak awal 1980-an, apa yang  dikatakan oleh felo tersebut tidak mustahil akan berlaku. Malaysia di  bawah BN adalah sebuah negara yang serba boleh – justeru Malaysia Boleh.
  Nampaknya sekira Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya sekalipun selepas  PRU13, kita sama-sama sudah boleh menggunakan peribahasa Melayu moden - harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan BN mati meninggalkan hutang.
 
 
 
 
 
