Powered by Blogger.

NAJIB Hairan Tindakan Pembangkang Bantah Usul Mengenai Lynas

PUTRAJAYA, 21 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.
Perdana Menteri berkata isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, dan perlu ditangani semua pihak, kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara.
“Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan, ini bukan soal politik, ini soal kepentingan rakyat dan negara. Kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik,” katanya selepas melancarkan produk silinder komposit LPG (SL1M) di sini hari ini.
Semalam persidangan Dewan Rakyat meluluskan usul bagi menubuhkan jawatankuasa itu, yang bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam serta standard keselamatan projek Lynas Adavanced Material Plant (LAMP).
Usul itu dipersetujui melalui pungutan suara, walaupun pembangkang berterusan membantah, dengan ada wakilnya yang keluar dewan sebaik usul itu dipersetujui.
Semasa menjawab satu soalan mengenai gaji minimum, Najib berkata beliau mungkin membuat satu pengumuman mengenainya pada Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.
Ketika ditanya mengenai pilihan raya pula, Perdana Menteri berkata beliau enggan membuat sebarang komen mengenai pelbagai ramalan berhubung prestasi parti pada pilihan raya akan datang.
“Pada saya yang penting sekarang ini kita buat kerja untuk menjamin kemenangan terbaik untuk Barisan Nasional,” katanya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers