Powered by Blogger.

inilah Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia

Kementerian kewangan telahpun mengeluarkan laporan ekonomi 2011/2012 di mana menunjukkan kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1 peratus pada tujuh bulan pertama untuk tahun 2011. Adakah anda sekarang sedar dengan tahap inflasi yang berlaku dalam negara kita?
Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan inflasi? Antara yang dikaji ialah :
  • kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol
  • pengangkutan serta perumahan,
  • air, elektrik, gas dan bahan lain,
  • Secara keseluruhannya ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.
Kadar inflasi di Malaysia berdasarkan rujukan halaman Trading Economics adalah antara terendah di rantau Asia Tenggara (3.3%) berbanding negara lain seperti Singapura (5.7 peratus), Filipina (4.29 peratus) dan Thailand (3.27peratus).
Antara usaha kerajaan Malaysia setakat ini untuk membendung kesan kenaikan kadar inflasi di Malaysia adalah :
  • Kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
  • Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lain melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar
  • “Menu Rakyat 1Malaysia” juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4
  • Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.
Ya…..benar, mana-mana negara sekalipun akan ada inflasinya. Tetapi, kami beranggapan lonjakan inflasi di Malaysia masih lagi sukar dilaksanakan selagi kerajaan masih lagi mengamalkan protectionism dalam kebanyakan sektor!! Tiada masalahnya jika kerajaan contohnya nak melindungi industri lembu dengan cara mengenakan cukai ke atas daging import  dan dalam pada masa yang sama memberikan subsidi dan bantuan kepada golongan petani. Sebab, kita sebagai rakyat Malaysia beli tidaklah sampai untuk membuat pinjaman bank untuk membelinya kerana ada alternatif lain yang boleh dijadikan pilihan termasuklah ayam, kambing dan babi (untuk golongan bukan Islam).
Tetapi, tetapi……yang menjadi masalahnya sekarang kerajaan dilihat “begitu senang” melindungi industri simen dan keluli, bahan asas yang digunakan untuk membina rumah. Apabila hartanah meningkat berganda, kita pula sebagai rakyat Malaysia pun menjadi hamba selama berpuluh tahun dengan “bayar kepada bank” pada kadar yang tinggi. Kepada golongan pertengahan dan berpendapatan rendah, kalau rumah dah mahal, mereka nak duduk di mana?

Sesebuah rumah teres (tidak bertingkat) berharga kira-kira RM50,000 ke RM78,000 di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini satu unit apartment di Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya RM300,000, purata harga rumah telah melonjak kepada RM480,000 – bersamaan enam ke tujuh kali ganda harga rumah di Kuala Lumpur berbanding 30 tahun yang lalu. Menurut anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.
Yang keduanya, kerajaan terus menerus melindungi industri automatif tempatan. Kita dikehendaki membayar jumlah yang sekali ganda jikalau nak memiliki kereta import. Mahu tidak mahu, rakyat Malaysia “dipaksa secara halus” untuk membeli kereta tempatan dek kerana tiada pilihan lain. Ada juga kalangan yang masih tak mampu membeli kenderaan yang dijual pada kadar yang tinggi, akhirnya terpaksa menggunakan motosikal yang mana kes kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal amatlah tinggi. Nak harapkan pengangkutan awam?

30 tahun dahulu, sebuah kereta import hanya berharga RM17,000. Sekarang ini, sebuah kereta import yang biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM85,000 hingga RM100,000. Biarpun harga kereta tempatan yang secara perbandingannya lebih murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000 hingga RM50,000 – yang mana ia masih berkali ganda perbandingan harganya berbanding 30 tahun yang lalu.
Akhirnya rakyat terus dibebani hutang yang tinggi atas dasar protectionism kerajaan. Rakyat tak untung apapun dengan dasar sebegini, yang untung hanyalah golongan atasan sahaja.
Walaupun rumah dan kereta adalah keperluan asas rakyat Malaysia sekarang ini. Tetapi, hakikatnya pengiraan kadar inflasi di Malaysia yang melibatkan kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat” untuk memilih bayaran perkhidmatan awam. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan lebih memilih kadar rumah sewa. Tetapi, jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.1% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut.
Bank Negara telah mengumumkan baru-baru ini yang mana Kadar Dasar Semalaman (OPR)  tidak dinaikkan sehingga awal tahun 2012 dan masih kekal pada kadar 3%. Kalau diikutkan Bank Negara pun sebenarnya dalam dilema untuk menaikkan kadar faedah atau tidak. Jikalau mereka naikkan kadar faedah, eksport negara akan terganggu. Kalau tak naikkan kadar faedah pula, inflasi sukar utnuk dikawal. Berbelah bahagi juga mereka sebenarnya. - Berita Semasa

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers